Tuesday, November 17, 2009

Criminal Minds



Assalamulaikum dan salam sejahtera, sekarang ini saya sedang berada di dalam jurang paper final exam yang terbesar dalam sejarah saya. Dalam minggu lepas, kami berturut-turut mengambil paper dari Process Heat Transfer hinggalah Separation Process II. Kesemuanya paper-paper yang susah dan dalam gap lebih dari seminggu ni, yang tinggal hanya paper-paper yang mudah atau boleh dikatakan salah satu darinya adalah mudah. Jadi selepas habis exam,biasalah,saya akan menghabiskan masa dengan movie marathon dan pilihan saya kali ini adalah Criminal Minds.



Mengisahkan tentang team BAU( Behavioral Analysis Unit ), Criminal Minds menyingkap minda seorang pembunuh dan kenapa dia melakukan pembunuhan. Berfokus kebanyakannya kepada pembunuh bersiri,penculik,dan juga mungkin sekali perogol bersiri Criminal Minds membawa penonton melihat penjenayah dari sisi yang berbeza dari cerita-cerita lain yang berbentuk polis dan penjenayah. BAU sebenarnya bukan ciptaan tapi sebenarnya wujud. Ia salah sebuah dari unit dalam FBI dan dulunya dikenali sebagai BSU atau Behavioral Science Unit. BAU berfokus banyak kepada kes-kes seperti pembunuh bersiri,penculikan,pengeboman, dan juga arson ataupun pembakaran secara sengaja.

Episod demi episod yang saya tonton, saya semakin jauh jatuh dalam dunia khayalan. Cerita ini membuat saya terfikir yang manusia mampu berbuat apa sahaja dan jauh lebih dahsyat dari binatang. Dalam hati saya berkata ini semua cerita sahaja,khayalan dan imaginasi orang semata-mata. Timbul pula satu persoalan dalam otak saya, dari mana dorang dapat idea nak teruskan cerita ni? Cerita ni dah bersambung dan berterusan dan sudah mendekati episodnya yang ke-100. Dari mana mereka dapat idea yang manusia boleh bunuh dan makan daging orang yang dibunuhnya? Lalu saya tergerak untuk menaip 'serial killer' dalam laman enjin carian. Dan dalam laman web Wikipedia,saya jumpa apa yang saya nak, "Senarai pembunuh bersiri berdasarkan jumlah mangsa" dan dari situ saya terkejut dengan apa yang saya nampak. Yang berada di kedudukan teratas senarai mempunyai bilangan mangsa seramai 200 orang dan merupakan seorang Doktor dan orang yang terhormat dalam komuniti. Yang kedua membunuh kebanyakannya kanak-kanak dengan jumlah mangsa melebihi seratus orang dan jumlah itu menurun sedikit demi sedikit apabila saya meneliti senarai tersebut.

Saya teruskan pencarian saya dalam dunia maya. Dengan menaip "pembunuh bersiri 'terkenal' dalam sejarah" saya melihat senarai nama-nama yang saya pernah dengar sebelum ni. Antaranya:

Jack The Ripper
Pada lewat tahun 1888 di London, Jack The Ripper memporak-perandakan London dengan pembunuhan bersiri dengan jumlah mangsa dianggarkan seramai 4-16 orang tapi yang dibuktikan seramai 5 orang. Walaupun jumlah mangsa agak sedikit, tapi jika direnung kembali pada tahun itu pembunuhan bersiri boleh dikatakan terlalu asing dalam konteks London yang baru hendak mengecap kemajuan. Jack The Ripper bukan sahaja membunuh mangsa tapi mengerat dan memotong badan mangsa sehingga polis sukar untuk mengenal pasti identiti mangsa. Nama Jack The Ripper diambil dari sepucuk surat yang dikirim seorang yang mengaku dirinya sebagai orang yang bertanggungjawab. Identiti Jack The Ripper masih belum dikenal pasti sehingga kini.

Surat yang dihantar oleh Jack The Ripper

Son Of Sam
David Berkowitz ataupun nama panggilannya Son of Sam,ataupun .44 Calliber Killer kerana senjata utamanya adalah sepucuk pistol jenis .44 kaliber. Dikaitkan dengan penyembahan setan,Son of Sam membunuh lebih 5 orang mangsa di New York. Hal ini menggusarkan penduduk New York sedangkan New York dikenali antara bandar yang mempunyai pasukan polis paling cekap. Son of Sam mendakwa dirinya diarahkan oleh bapanya Sam untuk membunuh kerana ayahnya perlukan darah untuk diminum dan dari situ nama Son Of Sam melekat padanya. Walaupun Son of Sam telah ditangkap tapi kesnya masih dibuka kerana polis suspek yang 'ayahnya' Sam masih di luar sana.

Zodiac Killer
Dikatakan sebagai antara pembunuh bersiri yang paling misteri dalam sejarah, Zodiac Killer membunuh 5 orang dan seorang hampir terselamat. Beliau terkenal kerana menghantar sepucuk surat kepada polis dalam bentuk kod dan meminta polis memecahkan kod-kod tersebut untuk mengetahui identiti sebenar die. Dengan simbol terkenalnya di bawah dan hilang tanpa dikesan dan identitinya masih belum dapat diketahui.




Logo Zodiac Killer


Kod yang di hantar kepada pihak polis




“ I LIKE KILLING PEOPLE BECAUSE IT IS SO MUCH FUN IT IS MORE FUN THAN KILLING WILD GAME IN THE FORREST BECAUSE MAN IS THE MOST DANGEROUE ANAMAL OF ALL TO KILL SOMETHING GIVES ME THE MOST THRILLING EXPERENCE IT IS EVEN BETTER THAN GETTING YOUR ROCKS OFF WITH A GIRL THE BEST PART OF IT IS THAE WHEN I DIE I WILL BE REBORN IN PARADICE AND THEI HAVE KILLED WILL BECOME MY SLAVES I WILL NOT GIVE YOU MY NAME BECAUSE YOU WILL TRY TO SLOI DOWN OR ATOP MY COLLECTIOG OF SLAVES FOR MY AFTERLIFE EBEORIETEMETHHPITI ”

Hasil pemecahan kod zodiac killer. 18 huruf terakhir masih belum dapat dipecahkan



Itulah antara hasil pencarian saya. Terkejut dengan jumpaan saya,saya terkelu dan merenung kosong di hadapan. Adakah ini sifat manusia, lebih teruk daripada binatang? Binatang membunuh untuk hidup manakal kita membunuh untuk suka-suka. Sedangkan kita lebih bertamadun dan lebih bijak daripada binatang. Pening memikirkan apa yang saya jumpa,saya terus ke katil dan memejamkan mata. Saya berharap ini semua satu mimpi.

Wednesday, November 4, 2009

Rumah M.D:A tribute to House M.D

Assalamualaikum dan salam sejahtera,kali ini nak post lagi 1 video, kali ini menggunakan lagu tema cerita House M.D. Bagi siapa yang tidak tahu ape tu cerita house, house adalah sebuah kisah drama medikal macam E.R lebih kurang, tapi membawa format lebih kurang cam csi, kre dalam istilah orang putihnye medical mystery. House ni adalah cerita faveret aku, smpai termimpi2. Apa yang aku mimpi adalah aku mengarahkan cerita house ni dan antara pelakonnya adalah Rosyam Nor,Aaron Aziz, dan ramai lagi. Jadi kat bawah ni montaj yang aku buat untuk cerita ni yang aku bagi nama melayu iaitu Rumah M.D. Walaupun montaj kat bawah ni xdelah sehebat yang house pnye, tapi apakan daya aku budak baru belajar,dan komputer pun sengkek,apa-apapun enjoy


Sunday, November 1, 2009

Misteri Mimpi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Kali ini saya nak ceritakan sedikit tentang pendapat dan persoalan yang sering bermain dalam fikiran saya, dan sejak kecil lagi secara jujurnya saya tertarik dengan mimpi. Bagi saya mimpi adalah perkara misteri yang paling dekat dengan kita,sebab kita mengalaminya sendiri, tapi tiada siapa tahu apa erti di sebalik mimpi dan kenapa kita bermimpi. Tidak perlulah kita cari jauh-jauh sehingga ke segi tiga bermuda untuk mengalami pengalaman misteri. Mimpi itu sendiri bagi saya adalah misteri. Sebelum saya ulas lebih lanjut tentang persoalan saya, eloklah kiranya saya ulas sedikit tentang mimpi ni dari definisi ilmiahnya.




Mengikut laman web Wikipedia dan Dreamgate, mimpi itu adalah penggambaran imej yang berterusan beserta dengan bunyi dan emosi yang melalui minda ketika tidur. Kalau dari segi yang kita biasa dengar, mimpi itu adalah mainan tidur. Tujuan mimpi? Saintis masih lagi tercari-cari. Lihatlah betapa agungnya kuasa Tuhan, manusia sebagaimana hebatnya dapat mendarat di bulan, tapi realiti mimpi yang begitu dekat masih belum dapat dicekupnya. Saintis ada beberapa teori kenapa kita bermimpi, tapi semua ni setakat teori sahaja, belum ada bukti yang kukuh lagi

1) Untuk mengembalikan keadaan untuk minda dan badan kita ke arah yang sihat.
2)Untuk membantu dengan pembelajaran dan memori.
3)Untuk memastikan otak berada pada tahap kesedaran tertentu sewaktu tidur.
4)Untuk membolehkan otak mengawal gangguan waktu malam tanpa perlu bangun.
5)Untuk menyelesaikan konflik yang berlegar sebelum tidur.

dan banyak lagi. Walaupun tidak dapat mencari tujuan kita bermimpi saintis dapat mengaitkan mimpi dan pergerakan badan kita, dengan erti kata lain saintis boleh tahu bila kita bermimpi. Mimpi begitu banyak dikaitkan dengan REM akronim untuk rapid eye movement ataupun pergerakan pantas bola mata( aku pun tak taw istilah melayu apa yang sesuai). Saintis membuat kesimpulan ketika kita bermimpi, pergerakan bola mata kita akan menjadi laju dan ia menjadi satu indikasi yang seseorang itu sedang bermimpi.



Terlalu banyak persoalan yang bermain apabila bercerita tentang mimpi. Antaranya apa tujuan kita bermimpi, adakah mimpi kita mampu meramalkan masa depan, kenapa kita bermimpi kadang-kadang elok kadang-kadang buruk, kenapa mimpi kita kadang-kadang disertai dengan perbuatan fizikal seperti mengigau dan banyak lagi. Ketika kecil saya selalu terasa seperti dihempap, kalau yang orang kita selalu cakap,dihempap jin. Saya berada dalam keadaan sedar tapi tidak boleh menggerakkan badan saya, dan apabila saya ajukan perkara ini kepada arwah ayah saya, dia hanya bercakap, jangan makan kemudian terus tidur. Untuk pengetahuan pembaca arwah ayah saya seorang yang agak skeptic bila bab-bab alam ghaib ni walaupun dia pernah mengalami sendiri pengalaman ghaib depan mata dia. Berbalik kepada post, saya masih tidak tahu apa yang saya alami sehinggalah saya menonton drama bersiri House M.D, dan ketika itu keluar satu diagnostik tentang sindrom lumpuh yang berlaku kepada orang yang baru bangun tidur. Rupanya ia adalah penyakit yang telah diketahui sebab dan musababnya oleh sains.

Sebelum saya mengakhiri post ni, saya ingin meninggalkan satu persoalan kepada para pembaca tentang adakah mimpi boleh meramalkan masa depan. Mungkin anda biasa terdengar senario mimpi ini, saya pernah bermimpi sekali yang saya sedang bermain dengan rakan-rakan di sebuah rumah kosong, dan ketika itu kawan saya menasihati saya agar berhenti bermain, "Weh abu,stoplah, jap lagi mak ko panggil ni, dah nak subuh dah ni( pelik sedangkan dalam mimpi senarionya adalah waktu petang), dan seterusnya selepas itu mak saya terus kejutkan saya dari tidur untuk subuh dan saya sempat lagi bercakap dalam mimpi, adeh,kacaulah. Senario yang seterusnya mungkin pernah berlaku kepada anda, mungkin anda pernah bermimpi dikejar polis ataupun orang jahat, dan ketika itu dalam mimpi anda sedang memanjat sebuah bangunan dan kemudian jatuh, dan dalam anda hendak jatuh itu anda turut jatuh dari katil. Persoalannya sekarang, dalam mimpi pertama, bagaimana otak saya dapat tahu yang mak saya memang akan kejutkan saya? dan yang kedua pula bagaiman scene dalam mimpi itu dapat dikawal otak sehingga keadaan kita terjatuh sejajar dengan jatuhnya kita dari katil? Jadi saya tinggalkan para pembaca dengan persoalan di atas, adakah otak kita mampu merawal bila akan berlaku sesuatu dan diimplementasikan di dalam mimpi? Sekian sahaja dari saya kali ini, Wassalam.