Thursday, April 29, 2010

Urban Legend Malaysia Siri 1: Misteri Lebuhraya Karak

Salam, agaknya dah banyak kali sangat blog saya ni dipenuhi dengan benda-benda after effects, mana taknya selama 3,4 bulan asyik dok menghadap komputer menyiapkan montaj, Tapi kali ini saya nak post sesuatu yang lain sedikit. Kalau sesiapa yang mengikuti blog saya mungkin ada ingat sebelum ini saya bercerita tentang alam ghaib, di mana ada part-part yang menarik dalam tu. Kali ni saya juga akan bercerita tentang alam ghaib tapi lebih berfokus kepada urban legend di Malaysia sendiri. Kepada yang tak tahu, urban legend ni adalah cerita dongeng moden yang diceritakan dari mulut ke mulut. Yang seronoknya tentang urban legend ni adalah ada di antaranya mempunyai kebenaran sendiri. Jadi dalam siri urban legend kita akan menelusuri urban legend tersebut dan akan mengkaji di mana kebenaran dan kepalsuannya dan di akhir sekali terpulang kepada pembaca untuk menilai sendiri kesahihan urban legend tersebut.

Jadi untuk episod kali ini, saya akan menceritakan tentang Misteri Lebuhraya Karak.

Latarbelakang Lebuhraya Karak

Mungkin ada yang penah dengar, katanya Lebuhraya Karak berhantu, keraslah, banyak kemalanganlah. Sudah tentu cerita-cerita begini tidak timbul begitu sahaja, I mean, kenapa Lebuhraya Karak? Dalam banyak-banyak lebuhraya kat Malaysia ni, kenapa Lebuhraya Karak yang berhantu?

1)Antara sebabnya adalah keadaan jalan di Lebuhraya Karak itu sendiri, keadaan jalannya yang berkabus menimbulkan suasana seram terutama di waktu malam.
















2)Kedua, adalah kerana banyak berlaku kemalangan di sana, tak kisahlah kerana kabus ataupun kerana tanah runtuh. Dan keadaan jalan itu sendiri menyumbang kepada penigkatan kes kemalangan di sana. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.


Kisahnye........
Pada suatu malam sepasang suami isteri membawa kereta di suatu lebuh raya. Suatu ketika, kereta itu rosak. Dengan lampu yang masih menyala, kereta itu diletakkan di bahu jalan. Si suami pergi ke hutan berhampiran, ke sungai mencari air. Sebelum pergi dia berpesan kpd isterinya supaya tidak keluar dr kereta walau apa pun yang terjadi dan tunggu sehingga dia pulang. Habis berpesan si suami terus membuka pintu kereta dan terus keluar tanpa sedikit pun berhati-hati..

Lama sungguh! Si isteri terus sabar menanti. Tuk! Tuk! Tuk! Seperti ada sesuatu mengetuk-ngetuk di atas bumbung kereta. Kemudian, datang seorang penunggang motosikal, memandu perlahan, mendongak ke atas bumbung kereta. Kemudian dia terus memecut laju motosikalnya.

Bunyi ketuk mengetuk makin kuat di atas bumbung kereta. Apa yang sudah berlaku? Kenapa… penunggang motosikal itu melarikan diri?

Malam terus membangkitkan kesunyiannya. Tanpa bunyi cengkerik. Cukup sunyi. Sesekali terdengar bunyi ketukan di atas bumbung kereta. Si isteri tetap tabah menanti kepulangan suaminya…

Ya… si suami sudah lama pulang, tetapi tanpa badan. Kepalanya… berada di atas bumbung kereta itu...

Apa sebenarnya yang terjadi?? si isteri pengsan dan hanya sedar keesokan pagi apabila dijumpai oleh peronda lebuhraya.


Fakta dan Mitos
Mungkin anda pernah mendengar cerita ini diceritakan oleh rakan-rakan anda ataupun abang-abang senior time dok kat asrama dulu, dan ada banyak variasinye cerita ni, tapi dari mana datang sumbernye? Adakah kisah di atas adalah benar, ataupun imaginasi orang sahaja. Sebenarnya, kemungkinan sekali cerita ini datang dari Amerika Syarikat seawal tahun 1964 dari salah seorang pelajar di University of Kansas, dan tak dapat dibuktikan sama ada apa yang dicetikannya itu adalah benar atau tidak. Cerita ini mungkin timbul dari kes sebenar, dan berubah mengikut imaginasi pencerita dan semakin lama menjadi semakin menakutkan. Memang ada kes yang direkodkan tentang kematian di lebuhraya seperti di atas, tapi tak adalah teruk seperti di atas. Cerita ini pernah keluar dalam MASTIKA kalau saya tak silap, dan mereka ingin menemubual peronda lebuh raya yang menjumpai mayat tersebut, tapi peronda lebuh raya tersebut enggan mengeluarkan sebarang kenyataan. Jadi kemungkinan kisah di atas ada kebenarannya keran peronda lebuh raya tersebut memang wujud. Jadi apa pandangan anda sebagai pembaca? Mitos atau fakta?


Sumber:
http://www.snopes.com/horrors/madmen/boyfriend.asp
http://www.spookycorner.com/28/malaysia-urban-legends-haunted-karak-highway/
http://en.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpur_%E2%80%93_Karak_Expressway

p/s: Menulis cerita ini di waktu malam-malam begini memang agak 'sesuai' lah. Aku menyesal, xnak tulis malam-malam lagi, xleh tidorlah malam ni.....

Sunday, April 25, 2010

Ramp and Glow

(Perhatian!! Image di bawah adalah terlalu kecik jadi sila click ataupun right-click dan open link in a new tab untuk melihat imej di bawah dengan lebih jelas.)

Salam, semalam baru sahaja habis konsert kembara sufi VIII dengan jayanya, setelah penat seminggu bekerja menyaipkan montaj akhirnya dapat gak saya berehat. Tetapi pengalaman yang saya dapat semasa menjadi komiti event ini sangat banyak dan ia membantu saya untuk meluaskan lagi pengetahuan saya dalam bidang motion graphic ini.

Kali ini saya nak sambung tutorial saya yang saya tinggalkan beberapa minggu lepas iaitu tentang gradient dan ramp n glow. Seperti yang saya katakan hari itu, gradient dan ramp lebih kurang sama hasilnya cuma masing2 datang dengan limitasi masing-masing. Kalau pada masa lepas saya demonstrate bagaimana untuk menghasilkan effect gradient dalam photoshop kali ini saya akan tunjuk bagaimana untuk menghasilkan effect gradient dalam after effects menggunakan ramp dan glow. Sebelum kita bermula mari kita tengok apa yang kita akan hasilkan



Memandangkan kebanyakan orang tidak tahu sangat menggunakan after effects, tutorial kali ni akan lebih teliti dan panjang. Saya akan go through every step untuk menghasilkan imej seperti di atas. Jadi, mari kita MULAKAN!

Part 1:Setup Composition anda


1) Buka After Effects anda seperti di atas. Pergi mana menu Composition dan pilih New Composition.
2)Sebuah options window akan keluar seperti di bawah




















3) Pilih preset NTSC D1 Widescreen Square Pixels dan setup duration composition anda kepada 1 frame dengan menaip 0;00;00;01. Namakan compostion anda sebagai Ramp n Glow. Click OK.

Anda berjaya menghasilkan composition anda!


Part 2: Menghasilkan Background

Kali ini pula kita akan menghasilkan background dulu sebelum kita menghasilkan text kita.
1) Pada menu Layer pilih New kemudian Solid. Window Solid Settings akan keluar seperi di bawah.






















3) Tukar warnanya kepada hitam dan pastikan saiz solid anda sama seperti saiz compositon anda,jika tidak hanya tekan pada Make Comp Size dan solid anda akan mengikut saiz composition anda.

4) Buat lagi satu solid baru tapi kali ni warnanya adalah biru (#01A8FE) seperti di bawah.




























5) Interface anda sepatutnya kelihatan seperti ini;

Dengan dua layer dan solid biru berada di atas solid hitam.
6) Seterusnya kita akan menggunakan mask. Pada toolbar di atas click pada mask tool dan pilih Ellipse Tool





7) Setelah ellipse tool dipilih pastikan Layer Biru tersebut telah di highlight ataupun diselect terlebih dahulu kemudian double click pada ellipse tool. Dan secara automatiknya akan ada mask terhasil pada layer biru tersebut dan berbentuk ellipse dan saiznya sekata atau berkadaran dengan saiz compositon anda. Ini adalah cara mudah untuk menghasilkan mask yang tepat tanpa perlu drag mouse anda pada stage.



8) Kemudian pada layer biru tersebut akan ada Mask properties seperti di bawah yang bernama Mask 1. Pada Mask Feather anda tukarkan nilainya kepada 525.0 pixels.

Hasilnya adalah....


9) Saya tidak berapa suka dengan keadaan di atas sebab warna birunya terlalu cerah jadi saya rasa ada eloknya kita kurangkan opacity layer ini kepada 73%.

Dan akhirnya terhasillah background yang kita perlukan


Tujuan saya mengurangkan opacity layer ini adalah supaya background saya tidak akan mengganggu text saya untuk menyerlah nanti.


Part 3: Ramp dan Glow
Sekarang kita akan hasilkan text beserta ramp dan glow.

1) Tulis text anda dengan memilih text tool. Set font anda kepada Impact dan saiznya lebih kurang 78px.



2) Kemudian pada menu Effect pilih Generate pilih Ramp( Pastikan anda placekan effect anda pada layer text MAERCAESTRO).






































3) Dan kemudian kita pergi semula pada menu Effect pilih Stylize dan kemudian Pilih Glow. Pastikan juga effect glow ini diplacekan pada layer text MAERCAESTRO.




























Dan hasilnya adalah.....













Ok, sedikit penerangan. Jika kita lihat seperti di atas, Ramp menghasilkan kesan yang sama seperti gradient, cuma dengan beberapa kelebihan dan limitasi bebrbanding gradient di dalam photoshop. Kelebihannya pertama sekali ramp adalah mudah dikawal, jika kita lihat pada image di atas( sila right-click dan pilih open window in a new tab untuk melihat image di atas dalam resolusi yang lebih tinggi) akan ada dua penanda pada stage anda yang berwarna werah,berbentuk bulat dan ada palang di atasnya. Penanda ini menunjukkan start dan end color anda. Yang si atas adalah start color dan di bawah adalah end color. Sekarang ini keadaan color gradient anda adalah seimbang iaitu 50-50, jika anda ingin mengubah keadaan gradient anda hanya gerakkan sahaja penanda tersebut. Berbanding dengan photoshop, anda tidak perlu membuka blending options anda setiap kali dan menukar kedudukan warna anda setiap kali anda inign mengedit gradient tersebut. Namun begitu ramp ada sedikit kelemahan,warna yang ramp boleh tanggung adalah tidak melebihi dua warna berbanding dengan photoshop yang mempunyai kapasiti untuk menghasilkan lebih dari 2 warna. Namun begitu penggunaan effect glow pula boleh mengatasi kelemahan ini dan juga menjadikan gradient anda lebih cantik.

4) Merujuk kepada panel effects di atas , anda sekarang mempunyai dua effects iaitu effect Ramp dan juga Glow. Pada effect ramp anda tukar start colour anda kepada biru (#001EFF).


Dan hasilnya seperti di bawah


Sekarang kita mempunyai 3 warna itaitu biru gelap,biru muda dan puti, tapi warna putih tidak terlalu menyerlah jadi kita perlu ubah kedudukan end color kita. Hanya gerakkan sahaja penanda end color sehingga ia menunjukkan warna putih.



dan kita sekarang mempunyai 3-color gradient.
Seterusnya kita akan render composition kita ini kepada JPEG sequence.

5) Pergi pada menu Compostion dan pilih Add to Render Que


Panel ini akan keluar di bawah...


6) Click pada perkataan Lossless tersebut dan Output Module Settings akan keluar seperti di bawah..

Tukar format anda daripada Video for Windows kepada JPEG Sequence.



Kemudian click OK.

7) Kemudian sepertimana gambar di atas click pada perkataan kuning sebelah Output to dan assign file anda ke folder yang anda nak. Kemudian tekan Render.
Hasilnya...



Jika anda lihat betol2 pada image di atas glow bukan sahaja membantu menambahkan warna untuk ramp anda tapi ia juga menimbulkan glow anda dengan menambah sedikit shadow pada text anda. Sekian sahaj untuk kali ini, jadi jika anda ingin mencuba dan ada masalah sila tinggalkan di ruang komen. Sekian, Wassalam.

Monday, April 19, 2010

Maercaestro Studio

Salam, alang-alang tengah bosan ni saya pun uploadlah satu video, dah lama agaknye tak upload video kat sini. Di sini saya persembahkan intro baru untuk maercestro studio, sebenarnya nak buat untuk presentation pcs, tapi tibe-tibe tak jadi....




Video ni dah lama dah buat, agaknya dah dalam sebulan lebih, cuma lupa nak post di sebabkan kesibukan yang melampau. Intro di atas di buat dengan plugin twitch sebenarnya yang baru saya 'beli' 2 bulan yang lepas. Mungkin di dalam post akan datang saya akan cerita tentang bagaimana nak menghasilkan effect seperti di atas dengan menggunakan CC Ball Action.

Wednesday, April 14, 2010

My First 3D Work

Salam, ni saje2 je nk update untuk memenuhi masa lapang ni. Tadi baru sahaja habis presentation ETP atau engineering team project. Xnak panjang lebar citer pasal tulah, cuma semalam salah seorang dari team saya request pada saya boleh tak saya buat animation 3d? Saya kata ini mungkin peluang saya nak mencuba, sebab saya tak pernah menghasilkan sesuatu yang 3d sebelum ni. Berbekalkan sedikit ilmu akhirnye ini hasilnye,
























Untuk pengetahuan anda saya menggunakan 3d studio max untuk merender sahaja, 3ds max mempunyai capability untuk mengimport hasil kerja CAD dari program seperti AutoCAD dan CATIA, untuk AutoCad hanya import fail dengan extension .dwg*, manakala untuk CATIA pula hanya import fail dengan extension .igs*. Dan selebihnya akan diuruskan oleh 3ds Max, anda hanya perlu susun,masukkan animation, assign material dan wallah, siap! By the way, projek ETP saya adalah mengenai gabungan 3 dalam 1 pen,pensil dan liquid paper, dan animasi di atas menunjukkan mekanisma bagaimana untuk menukar dan mengexchangekan antara mata pen, dan mata pensil.