Monday, November 22, 2010

Tentang Racist

Salam,mungkin semua agak pelik aku post benda macam ni kan? Hmm...bukan ape, lepas korang amik Malaysian Studies dengan Raja Ahmad,korang pasti akan develop intelligence sikit ah untuk bercerita isu-isu semasa ni.Macam-macam perkara berlaku sekarang yang menyebabkan aku nak citer sal isu ni. Isu namewee dengan siti inshah,isu kenyataan orang U**O yang rascist,isu menara warisan yang kebanyakannya ditentang orang cina dan macam-macam lagi. Kemudian berlaku satu peristiwa yang menarik yang membuatkan aku nak citer pasal ni....

Mase cuti sem lepas,aku ikut seorang ni pergi pasar borong ataupun orang lain panggil pasar pagi ataupun yang seada dengannyalah. Mase 2 time nak dekat-dekat raya puasa jadi ramailah orang yang pegi pasar time 2,member aku ni jenis yang mementingkan bangsanya sendiri. Kalo pergi kedai ke apa ke,die akan target kedai melayu dulu,kedai cina sorilah die x berminat nak pergi,so die ni bersifat kenegaraan(aku main belasah je istilah ni) yang agak tinggi. Anyway,member aku ni pun jenis setia kat satu kedai, jadi kalo pergi nak beli barang ape-ape jek,die akan target kedai tu je....nak dijadikan cerita on d way die nak pergi satu kedai ni nak beli barang dapur die terblock oleh barang-barang yang banyak yang dibeli oleh sorang mamat ni dari kedai cina. Disebabkan mamat ni beli banyak sangat dari kedai cina 2,member aku jadi angin. Member aku pun bisinglah disebabkan mamat yang beli 2 orang melayu....aku masih x leh lupa apa yang die ckap hari 2......"Ape ni orang melayu x beli kat orang melayu beli kat cina je? Apa xnak bantu bangsa sendiri ke ape? Kedai melayu berlambak lagi kedai cina ko kejar buat ape? Ape cina 2 boleh tolong ko dlam kubur? Bantu bangsa sendiri orang seagama sendiri dapat pahala,ape x belajar ke mase kat sekolah dulu?.....pergh badan aku mula berpeluh masa tu,mane taknye mak aku ckap kuat2 sampai orang keliling sume pandang,mane yang dengar kebanyakannya tersenyum je.....actually aku taw dah member aku ni memang macam 2,tapi aku x percaya yang die 2 brani smpai mcm 2. Mamat 2 dengar je mcam 2 trus amik brang2 die dan blah.

Persoalannya sekarang,racsist ke statement member aku 2? Apa yang menjadikan satu statement 2 racsist? Masalahnye bergantung kepada yang mendengar dan bagi aku berdasarkan dictionary dan wikipedia, kenyataan 2 akan racis kalo ianya bersifat:

1) Mengelaskan perbezaan antara bangsa seperti perbezaan warna,status sosial dan macam-macam lagi.
2)Mengeluarkan kenyataan yang menjadikan bangsa yang ditujukan itu inferior dan bangsa yang bercakap superior.

Sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/Racism dan http://www.ornl.gov/sci/techresources/Human_Genome/elsi/minorities.shtml

Jadi aku serahkan kepada korang sama ada kenyataan di atas racis atau tidak same jugak seperti kenyataan Siti Inshah ataupun dari orang U**O dalam youtube 2. Semuanya bergantung pada penilaian korang sendiri.

p/s:Sebenarnya kenyataan yang member aku cakap kat atas aku nak tujukan kepada orang-orang kita yang suka membeli kat kedai cina. Bukan salah membeli kat situ, cuma sokong dan majukanlah bangsa kita sendiri,...

Kenangan zaman kanak-kanak:Main Game Part 2

Salam...malam ni aku on-rampage,aku dah rajin sangat baca blog,blog aidid-muaddib,blog obe yang agak taw tawlah ape nak cakap,blog miss morbids yang bez, blog hanis zalikha awek aku(eceh!) dan banyak lagilah.....hahaha,amiklah kesempatan sebelum cuti ni,sbb bile dah cuti nanti kang,payah aku nak dpat internet. Papepun blog-blog diorang ni bagi aku inspirasi nak menulis,dan sebab aku ade break dari exam untuk seminggu,aku rasa mcam nak blas dendam pulak dengan letak smpai 4 posts malam ni,hahahah. Kali ni aku nak sambung citer pasal main game....heheh.

Kalo sebelum ni aku citer pasal time aku kanak-kanak,ni nak citerlah sampai meningkat dewasa. Masa tu aku tak main warcraft 2 je,selalu jugak sedara aku dtang bwak game2 baru nak install,time 2 1997-1999,snang nak install game baru, xyah nak crack2 jadah ni sume, antara game-game yang aku syok main time 2.....

Duke Nukem 3D

Game ni game FPS(First Person Shooter) atau dalam bahasa saintifiknya game tembak2. Game ni kuar mase game tembak2 baru2 nak popular selepas kuarnye doom dan quake. Gameplay die mcam game tembak biase,jalan-jalan,tembak orang,carik barang sampailah kat checkpoint dan pergi level seterusnya. Game ni sebenarbye agak mature(bukan agak,terlepih agaknya) sebab menampakkan unsur-unsur lucah dan ganas,tapi mase 2 aku kanak-kanak innocent,jadi xfham lagi ape benda yang die tunjuk(ada scene di mana korang akan jumpa stripper dan kalo korang tekan spacebar masa tu,korang akan keluarkan duit dan stripper 2 akan menayangkan apa yang boleh..siape ntah ajar aku pakai spacebar 2). Overallnye game ni susah tapi bez dengan banyak level,mission dan secret2 item dan hideout yang boleh carik. Kalo korang nakt try main game ni downloadlah kat link ni http://takegame.com/action/htm/dukenukem3d.htm.


Starcraft


Yeay.....ni game favourite aku ni. Starcraft merupakan game RTS ataupun game perang yang dikeluarkan oleh Blizzar company same yang kuarkan warcraft 2. Game ni merevolusi semua game2 RTS selepasnya. Before ni,game2 RTS sume mostly menampilkan race atau bangsa2 yang wlaupun berlainan tapi mempunyai characteristics yang same,tapi starcraft lah yang pertama kuarkan game RTS yang mempunyai 3 race yang bukan sahaja berlainan tapi xde persamaan lansung antara satu sama lain,jadi die agak mencabar untuk jadi pro. Game ni bukan sahaja kuarkan map Aeon of Strife(yang jadi perintis dota) tapi jadi lifestyle,

1) Menaip keyboard dengan sangat pantas

Ho,aku leh taip stakat dlam 40 perkataan pun aku dah
semput,kira hebat sape main starcraft ni.













2)Boleh dijadikan kerjaya

Siapa yang main starcraft bukan stakat jadi kaya,jadi macam artis kat sane dengan ramai peminat.














200,000 ribu dollar setahun? Ko kerja engineer macam nak mati pun xkan dpat banyak macam 2



















3)Digunakan untuk military training dan belajar kat universiti




















Aku rase lepas ni nak pindah Universiti Berkely sebab leh main game tanpa nak risau2 coursework sume,dgar cite assignment die kna main starcraft pas2 submit replay,argh....asal lecturer aku x sporting camni?




4) Starcraft dah "menguasai" angkasa





























Sumber:onlineschools

Jadi korang rase aku perlu ke lagi cakap bpe rating aku nak bagi? Kalo boleh 6 bintang aku bagi 6 bintang,game ni superb n legendary....anyway saje nak citer skit, mostly family aku n masyarakat sekitar selalu ckap,eee....cam budak2 main game....tapi seriously? kalo dah smpai tentera pun main...untuk budak2 jeke? Masyarakat kita ni agak ketinggalan n sepertimana yang obe selalu sebut,double standard/

Jadi itu sahajalah untuk kali ni,aku rase kalo aku taip banyak2 pun payah gak korang nak bace,jadi aku tinggalkan di sini dan sambung kemudian,adios!