Monday, December 21, 2009

How I Met Your Mother

Salam,dah lame tak update blog rasenye,kali ni nak post sebuah video lagi yang saya buat dari lagu tema how i met your mother. Nothing to comment,enjoy

Tuesday, November 17, 2009

Criminal Minds



Assalamulaikum dan salam sejahtera, sekarang ini saya sedang berada di dalam jurang paper final exam yang terbesar dalam sejarah saya. Dalam minggu lepas, kami berturut-turut mengambil paper dari Process Heat Transfer hinggalah Separation Process II. Kesemuanya paper-paper yang susah dan dalam gap lebih dari seminggu ni, yang tinggal hanya paper-paper yang mudah atau boleh dikatakan salah satu darinya adalah mudah. Jadi selepas habis exam,biasalah,saya akan menghabiskan masa dengan movie marathon dan pilihan saya kali ini adalah Criminal Minds.



Mengisahkan tentang team BAU( Behavioral Analysis Unit ), Criminal Minds menyingkap minda seorang pembunuh dan kenapa dia melakukan pembunuhan. Berfokus kebanyakannya kepada pembunuh bersiri,penculik,dan juga mungkin sekali perogol bersiri Criminal Minds membawa penonton melihat penjenayah dari sisi yang berbeza dari cerita-cerita lain yang berbentuk polis dan penjenayah. BAU sebenarnya bukan ciptaan tapi sebenarnya wujud. Ia salah sebuah dari unit dalam FBI dan dulunya dikenali sebagai BSU atau Behavioral Science Unit. BAU berfokus banyak kepada kes-kes seperti pembunuh bersiri,penculikan,pengeboman, dan juga arson ataupun pembakaran secara sengaja.

Episod demi episod yang saya tonton, saya semakin jauh jatuh dalam dunia khayalan. Cerita ini membuat saya terfikir yang manusia mampu berbuat apa sahaja dan jauh lebih dahsyat dari binatang. Dalam hati saya berkata ini semua cerita sahaja,khayalan dan imaginasi orang semata-mata. Timbul pula satu persoalan dalam otak saya, dari mana dorang dapat idea nak teruskan cerita ni? Cerita ni dah bersambung dan berterusan dan sudah mendekati episodnya yang ke-100. Dari mana mereka dapat idea yang manusia boleh bunuh dan makan daging orang yang dibunuhnya? Lalu saya tergerak untuk menaip 'serial killer' dalam laman enjin carian. Dan dalam laman web Wikipedia,saya jumpa apa yang saya nak, "Senarai pembunuh bersiri berdasarkan jumlah mangsa" dan dari situ saya terkejut dengan apa yang saya nampak. Yang berada di kedudukan teratas senarai mempunyai bilangan mangsa seramai 200 orang dan merupakan seorang Doktor dan orang yang terhormat dalam komuniti. Yang kedua membunuh kebanyakannya kanak-kanak dengan jumlah mangsa melebihi seratus orang dan jumlah itu menurun sedikit demi sedikit apabila saya meneliti senarai tersebut.

Saya teruskan pencarian saya dalam dunia maya. Dengan menaip "pembunuh bersiri 'terkenal' dalam sejarah" saya melihat senarai nama-nama yang saya pernah dengar sebelum ni. Antaranya:

Jack The Ripper
Pada lewat tahun 1888 di London, Jack The Ripper memporak-perandakan London dengan pembunuhan bersiri dengan jumlah mangsa dianggarkan seramai 4-16 orang tapi yang dibuktikan seramai 5 orang. Walaupun jumlah mangsa agak sedikit, tapi jika direnung kembali pada tahun itu pembunuhan bersiri boleh dikatakan terlalu asing dalam konteks London yang baru hendak mengecap kemajuan. Jack The Ripper bukan sahaja membunuh mangsa tapi mengerat dan memotong badan mangsa sehingga polis sukar untuk mengenal pasti identiti mangsa. Nama Jack The Ripper diambil dari sepucuk surat yang dikirim seorang yang mengaku dirinya sebagai orang yang bertanggungjawab. Identiti Jack The Ripper masih belum dikenal pasti sehingga kini.

Surat yang dihantar oleh Jack The Ripper

Son Of Sam
David Berkowitz ataupun nama panggilannya Son of Sam,ataupun .44 Calliber Killer kerana senjata utamanya adalah sepucuk pistol jenis .44 kaliber. Dikaitkan dengan penyembahan setan,Son of Sam membunuh lebih 5 orang mangsa di New York. Hal ini menggusarkan penduduk New York sedangkan New York dikenali antara bandar yang mempunyai pasukan polis paling cekap. Son of Sam mendakwa dirinya diarahkan oleh bapanya Sam untuk membunuh kerana ayahnya perlukan darah untuk diminum dan dari situ nama Son Of Sam melekat padanya. Walaupun Son of Sam telah ditangkap tapi kesnya masih dibuka kerana polis suspek yang 'ayahnya' Sam masih di luar sana.

Zodiac Killer
Dikatakan sebagai antara pembunuh bersiri yang paling misteri dalam sejarah, Zodiac Killer membunuh 5 orang dan seorang hampir terselamat. Beliau terkenal kerana menghantar sepucuk surat kepada polis dalam bentuk kod dan meminta polis memecahkan kod-kod tersebut untuk mengetahui identiti sebenar die. Dengan simbol terkenalnya di bawah dan hilang tanpa dikesan dan identitinya masih belum dapat diketahui.




Logo Zodiac Killer


Kod yang di hantar kepada pihak polis




“ I LIKE KILLING PEOPLE BECAUSE IT IS SO MUCH FUN IT IS MORE FUN THAN KILLING WILD GAME IN THE FORREST BECAUSE MAN IS THE MOST DANGEROUE ANAMAL OF ALL TO KILL SOMETHING GIVES ME THE MOST THRILLING EXPERENCE IT IS EVEN BETTER THAN GETTING YOUR ROCKS OFF WITH A GIRL THE BEST PART OF IT IS THAE WHEN I DIE I WILL BE REBORN IN PARADICE AND THEI HAVE KILLED WILL BECOME MY SLAVES I WILL NOT GIVE YOU MY NAME BECAUSE YOU WILL TRY TO SLOI DOWN OR ATOP MY COLLECTIOG OF SLAVES FOR MY AFTERLIFE EBEORIETEMETHHPITI ”

Hasil pemecahan kod zodiac killer. 18 huruf terakhir masih belum dapat dipecahkan



Itulah antara hasil pencarian saya. Terkejut dengan jumpaan saya,saya terkelu dan merenung kosong di hadapan. Adakah ini sifat manusia, lebih teruk daripada binatang? Binatang membunuh untuk hidup manakal kita membunuh untuk suka-suka. Sedangkan kita lebih bertamadun dan lebih bijak daripada binatang. Pening memikirkan apa yang saya jumpa,saya terus ke katil dan memejamkan mata. Saya berharap ini semua satu mimpi.

Wednesday, November 4, 2009

Rumah M.D:A tribute to House M.D

Assalamualaikum dan salam sejahtera,kali ini nak post lagi 1 video, kali ini menggunakan lagu tema cerita House M.D. Bagi siapa yang tidak tahu ape tu cerita house, house adalah sebuah kisah drama medikal macam E.R lebih kurang, tapi membawa format lebih kurang cam csi, kre dalam istilah orang putihnye medical mystery. House ni adalah cerita faveret aku, smpai termimpi2. Apa yang aku mimpi adalah aku mengarahkan cerita house ni dan antara pelakonnya adalah Rosyam Nor,Aaron Aziz, dan ramai lagi. Jadi kat bawah ni montaj yang aku buat untuk cerita ni yang aku bagi nama melayu iaitu Rumah M.D. Walaupun montaj kat bawah ni xdelah sehebat yang house pnye, tapi apakan daya aku budak baru belajar,dan komputer pun sengkek,apa-apapun enjoy


Sunday, November 1, 2009

Misteri Mimpi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Kali ini saya nak ceritakan sedikit tentang pendapat dan persoalan yang sering bermain dalam fikiran saya, dan sejak kecil lagi secara jujurnya saya tertarik dengan mimpi. Bagi saya mimpi adalah perkara misteri yang paling dekat dengan kita,sebab kita mengalaminya sendiri, tapi tiada siapa tahu apa erti di sebalik mimpi dan kenapa kita bermimpi. Tidak perlulah kita cari jauh-jauh sehingga ke segi tiga bermuda untuk mengalami pengalaman misteri. Mimpi itu sendiri bagi saya adalah misteri. Sebelum saya ulas lebih lanjut tentang persoalan saya, eloklah kiranya saya ulas sedikit tentang mimpi ni dari definisi ilmiahnya.




Mengikut laman web Wikipedia dan Dreamgate, mimpi itu adalah penggambaran imej yang berterusan beserta dengan bunyi dan emosi yang melalui minda ketika tidur. Kalau dari segi yang kita biasa dengar, mimpi itu adalah mainan tidur. Tujuan mimpi? Saintis masih lagi tercari-cari. Lihatlah betapa agungnya kuasa Tuhan, manusia sebagaimana hebatnya dapat mendarat di bulan, tapi realiti mimpi yang begitu dekat masih belum dapat dicekupnya. Saintis ada beberapa teori kenapa kita bermimpi, tapi semua ni setakat teori sahaja, belum ada bukti yang kukuh lagi

1) Untuk mengembalikan keadaan untuk minda dan badan kita ke arah yang sihat.
2)Untuk membantu dengan pembelajaran dan memori.
3)Untuk memastikan otak berada pada tahap kesedaran tertentu sewaktu tidur.
4)Untuk membolehkan otak mengawal gangguan waktu malam tanpa perlu bangun.
5)Untuk menyelesaikan konflik yang berlegar sebelum tidur.

dan banyak lagi. Walaupun tidak dapat mencari tujuan kita bermimpi saintis dapat mengaitkan mimpi dan pergerakan badan kita, dengan erti kata lain saintis boleh tahu bila kita bermimpi. Mimpi begitu banyak dikaitkan dengan REM akronim untuk rapid eye movement ataupun pergerakan pantas bola mata( aku pun tak taw istilah melayu apa yang sesuai). Saintis membuat kesimpulan ketika kita bermimpi, pergerakan bola mata kita akan menjadi laju dan ia menjadi satu indikasi yang seseorang itu sedang bermimpi.



Terlalu banyak persoalan yang bermain apabila bercerita tentang mimpi. Antaranya apa tujuan kita bermimpi, adakah mimpi kita mampu meramalkan masa depan, kenapa kita bermimpi kadang-kadang elok kadang-kadang buruk, kenapa mimpi kita kadang-kadang disertai dengan perbuatan fizikal seperti mengigau dan banyak lagi. Ketika kecil saya selalu terasa seperti dihempap, kalau yang orang kita selalu cakap,dihempap jin. Saya berada dalam keadaan sedar tapi tidak boleh menggerakkan badan saya, dan apabila saya ajukan perkara ini kepada arwah ayah saya, dia hanya bercakap, jangan makan kemudian terus tidur. Untuk pengetahuan pembaca arwah ayah saya seorang yang agak skeptic bila bab-bab alam ghaib ni walaupun dia pernah mengalami sendiri pengalaman ghaib depan mata dia. Berbalik kepada post, saya masih tidak tahu apa yang saya alami sehinggalah saya menonton drama bersiri House M.D, dan ketika itu keluar satu diagnostik tentang sindrom lumpuh yang berlaku kepada orang yang baru bangun tidur. Rupanya ia adalah penyakit yang telah diketahui sebab dan musababnya oleh sains.

Sebelum saya mengakhiri post ni, saya ingin meninggalkan satu persoalan kepada para pembaca tentang adakah mimpi boleh meramalkan masa depan. Mungkin anda biasa terdengar senario mimpi ini, saya pernah bermimpi sekali yang saya sedang bermain dengan rakan-rakan di sebuah rumah kosong, dan ketika itu kawan saya menasihati saya agar berhenti bermain, "Weh abu,stoplah, jap lagi mak ko panggil ni, dah nak subuh dah ni( pelik sedangkan dalam mimpi senarionya adalah waktu petang), dan seterusnya selepas itu mak saya terus kejutkan saya dari tidur untuk subuh dan saya sempat lagi bercakap dalam mimpi, adeh,kacaulah. Senario yang seterusnya mungkin pernah berlaku kepada anda, mungkin anda pernah bermimpi dikejar polis ataupun orang jahat, dan ketika itu dalam mimpi anda sedang memanjat sebuah bangunan dan kemudian jatuh, dan dalam anda hendak jatuh itu anda turut jatuh dari katil. Persoalannya sekarang, dalam mimpi pertama, bagaimana otak saya dapat tahu yang mak saya memang akan kejutkan saya? dan yang kedua pula bagaiman scene dalam mimpi itu dapat dikawal otak sehingga keadaan kita terjatuh sejajar dengan jatuhnya kita dari katil? Jadi saya tinggalkan para pembaca dengan persoalan di atas, adakah otak kita mampu merawal bila akan berlaku sesuatu dan diimplementasikan di dalam mimpi? Sekian sahaja dari saya kali ini, Wassalam.

Friday, October 30, 2009

Alam Ghaib Final Part:Skeptics vs Tahyul?

Salam kepada semua,agaknye dah lama saya tidak menaip artikel yang bermanfaat dalam blog ataupun kiranya senang cerita dah lamalah tidak menaip. Ada sebabnya saya tidak menulis dalam blog ni, antaranya sebab sibuk dengan projek dan test dan juga bahang kontroversi pilihanraya kampus di UTP. Kali ini,selepas sembahyang subuh saya mendapat gak sedikit ilham untuk menyambung tulisan saya mengenai alam ghaib ni.


Gambar hiasan sahaja

Kalau dalam part yang pertama saya bercerita tentang bukti wujudnya alam ghaib ni dari segi sains dan juga Al-Quran. Dalam part yang kedua saya menceritakan pengalaman ghaib saya sendiri dengan seorang ustaz, dan yang ketiga saya beri sedikit guideline tentang berubat secara tradisional ni. Kali ni pulak saya nak ceritakan tentang masalah biasa yang berlaku dalam masyarakat kita bila cerita je sal alam ghaib ni, iaitu skeptics vs tahyul.

Kalau mengikut dalam definisi asalnya skeptics ni adalah orang yang suka merayu. Tapi setelah aku browse dalam wikipedia aku jumpa jawapan yang aku nak. Skeptics ni boleh dikatakan luas gak tapi dalam konteks untuk perbincangan kita ni,skeptics adalah orang yang tidak percaya sebarang paranormal claim dan boleh dikatakan asyik nak anti je. Kalau orang kata benda tu wujud,die tidak percaya tanpa sebarang bukti saintifik. Dan bila ditunjuk sebarang gambar-gambar tentang kewujudan sesetengah perkara tu, yang dijawabnye mungkin"Ah,ni orang alter gambar ni sikit,ko kena tipu ni," Dan definisi untuk tahyul pula adalah orang yang terlalu percaya sangat kewujudan kejadian paranormal ni sehingga boleh membawa kesan buruk kepada diri sendiri. Skeptics ataupun tahyul kedua-duanya berada dalam masyarakat kita sejak dulu lagi cuma mungkin bilangan mereka yang variasi. Mungkin semakin kita melangkah ke kemodenan semakin banyak wujudnya golongan skeptics dari tahyul.

Mengikut laman web JAKIM, definisi tahyul adalah seperti berikut,Manakala istilah tahyul pula adalah bermaksud; semua cerita, sama ada khayalan atau rekaan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Ia meliputi cerita-cerita yang mempersonakan dan bercampuraduk dengan perkara-perkara yang dusta.

Bagi yang selalu duduk di bandar mungkin tidak pernah mengalami masalah ni,tapi bagi mereka yang duduk di kampung konflik seperti ini boleh dikatakan menjadi satu masalah. Saya duduk di kawasan kampung di Melaka.Mungkin siapa yang selalu peka dengan isu semasa ataupun masih ingat-ingat lagi tentang isu Pulau Besar Melaka sehingga mengundang skuad Edisi Siasat yang terkenal dengan taglinenye "Apa kejadahnye semua ini?" membuat liputan di sana akan perasan apa yang saya kaitkan Melaka dengan tajuk di atas. Bukan nak memburukkan kampung sendiri tapi hanya nak mengambil iktibar dari apa yang terjadi. Di Melaka,amalan-amalan tahyul ini masih diamalkan dengan meluas sehingga tahun 1980-an jika saya tidak tersilap. Amalan yang saya maksudkan itu adalah mandi safar, membuang ancak, puja kubur(yang ni tidak meluaslah,mestilah dalam senyap-senyap).Selepas tahun 1980-an, amalan-amalan ini tidak lagi meluas tapi dilakukan senyap-senyap. Kenapa saya kata meluas? Amalan mandi safar itu dilakukan di kampung saya sendiri, di Pantai Putri, ketika musim mandi safar tiba tempat itu bagai diadakan pesta. Kata mak saya, "Masa tu yang mak bapak gi mandi safar, yang anak-anak gi dating,xpun dondang sayang,xpun joget lambak," Itulah realitinya dahulu. Tapi itu bukan dahulu sahaja, saya masih ingat lagi dalam beberapa tahun yang lepas, ketika saya masih lagi tinggal di Pantai Putri saya sendiri pernah menyaksikan ada sekumpulan orang melakukan amalan mandi safar, walaupun golongan yang melakukan sedikit dan dalam senyap-senyap tapi ia tetap masih wujud dalam masyarakat kita.Itu perkara yang mungkin tidak mengganggu urusan seharian kita sebab berlaku beberapa kali je dalam setahun.

Bagaimana pula dengan amalan tahyul yang menggangu urusan seharian kita? Saya sendiri pernah mengalami perkara ini. Ketika saya masih lagi tinggal di Pantai Putri jiran saya dikatakan 'membela'. Jadi segala tindak tanduk kami perlu dikawal agar tidak menimbulkan kemarahan benda yang dibela itu. Bayangkan hendak bergelak ketawa di dalam rumah pun perlu dikurangkan volumenya menjadikan rumah kurang serinya.Bagaimana masyarakat boleh hidup dengan ceria kalau mereka masih lagi mengamalkan perkara-perkara khurafat ini?

Bagaimana pula dengan golongan skeptics? Pernahkah golongan skeptics dengan tahyul ini bertembung? Keadaan ni boleh dikatakan selalu berlaku di antara si anak dengan dengan si bapak bertengkar tentang sesuatu perkara misalnya bila si anak hendak membawa si ayah ke doktor,tapi ditolak si ayah kerana si ayah lebih percayakan penyakitnye 'buatan orang' . Maka bila diceritakan, arguenye si anak " Ayah,kita hidup di zaman moden,mana anda benda-benda ni semua,", jawab si ayah pulak "Yelah,ko orang moden,apa ko taw,bila ko dah kena sendiri baru kau tahu,". Itulah antara dialog yang biasa antara golongan skeptics dan yang tahyul.

Kesimpulannya sebaik-baiknya kita berada di tengah-tengah. Bukan jadi tidak percaya lansung, kerana sesungguhnya mempercayai kewujudan alam ghaib itu adalah suruhan dalam Islam tapi tidaklah sehingga terlalu taksub dah membawa kepada tahyul atau terlalu percaya sangat tentang perkara-perkara ghaib ini. Sesungguhnya masyarakat kita sudah terlalu lama terbelenggu dengan perkara-perkara tahyul ini. Di Melaka sahaja ada dekat beratus bomoh-bomoh, padahal Melaka tu kecik sahaja, itu yang saya tahu, bagaimana pulak kalau tetiba kerajaan hendak mendocumented kan bomoh-bomoh ini,mungkin nilai mereka mencecah ribuan,siapa tahu. Apa-apa pun Islam melarang kita meletakkan kepercayaan atau ketaksuban kita kepada selain dari Allah S.W.T, kerana perkara tahyul ni boleh membawa kepada syirik dan seterusnya merosakkan akidah, jadi eloklah dielakkan perkara-perkara seperti ini. Jadi saya rasa cukup sahaja penulisan saya tentang alam ghaib ni. Kenapa saya selalu ulas tentang alam ghaib ni,sebab saya mengalami banyak konflik tentang alam ghaib ini yang boleh dikatakan telah mengganggu hidup saya. Sekian sahaja kali ini. Wassalam.


Friday, October 23, 2009

Video Untuk Dinner Cheme:Zapin Usik Mengusik

Assalamualaikum selagi lagi kepada para pembaca,kali ini nak kongsi video yang aku buat untuk dinner course aku,baru semalam je dinner,huhuhu,video ni memakai konsep typography. Aku belajar sikit2 sal typography ni dari master aku,Syazwan Production,hahaha. Kalo korang nak taw ape tu typography tu,silalah try taip kat google, dan tengok video2 yang ada kat you tube. Ape-ape pun nilah video pertama yang aku buat dalam masa dua hari,Alhamdulillah aku semakin ok menggunakan after effects. Dan aku jugak meminta maaf kepada sesiapa yang aku kenakan. Yang penting sume enjoy video ni


Saturday, October 17, 2009

After Effects Tutorial-Light Stroke Effects

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca semua, sekarang ni nak kongsi ilmu sikit je kat korang semua,ok,bukan nak berlagak pro ke apa ke,tapi setakat nak kongsi ilmu je. Saya Abu Huzaifah dari maercaestro.blogspot dan kali ini ingin menyampaikan sedikit tutorial tentang After Effects. Mungkin ramai yang tidak tahu after effects ni ape, kalo ssiapa yang nak tahu,After Effects ni adalah software untuk video effects dan motion graphics dan sangat2 powerful sbb hollywood pun pkai woo,ok ape-ape pun kita teruskan kepada tutorial,ini yang kita akan hasilkan hari ini.

Ok, kalo ssiapa yang pernah tengok video kat atas tu anda mesti perasan yang ada effect macam binatang berekor pusing2 keliling skrin, ok skrang kita akan tgk mcam mna nak hasilkan effect tu. Ok,open je After Effects dan create sbuah project,nmekan ikut suka hati anda. Dan kemudian pada menu composition,click kat situ dan pada drop-down die click pada New Composition,dan follow je ape setting default die dan tekan ok. Seterusnye kita nak create layer. pada drop-down menu Layer, kita pilih new, dan kemudain solid,setkan kaler die kepada putih,yang ini untuk colour core bagi effect tu,kalo anda tak suka,boleh set kaler-kaler yang lain dan kemudian tekan ok. Namakan layer tu sebagai particle. Dan kemudian pergi pada drop-down menu tu semula dan create new dan kemudai null object. Namakan sebagai Emitter.Setkan emitter kepada 3d layer dengan tekan butang kosong yang selari dengan butang dengan logo cube kat atas die. Anda juga mungkin mahukan sedikit background, tekan layer>>new>>solid, dan setkan kepada hitam untuk membezakan dan tekan ok.Ini hasilnya,



Ok,skrang kita maen dengan effects pulak,pada drop down menu effects tekan effect>>simulation>>cc particle world,(pastikan layer menu diselect atau dihighlight terlebig dahulu) dan ini menu yang akan keluar pada region effect


t





Ok,mungkin ada banyak sangat menu kat atas ni,(gambar yang 2nd atas) jadi saya akan cerita slow2lah,
1) Pada yang line sebaris dengan grid tu,tekan pada menu floor>>off.
2)Pada producer>>radius x,y,dan z setkan nilai pada 0,dan pastikan betul-betul 0 kat nilai radius tu. Init untuk mengurangkan radius particle world tu dan jadikan die sebesar satu point je.
3) Pada menu physics>>setkan semua kosong kecuali extra angle biarkan dalam default. Ini untuk memastikan takda sebarang effect physics yang dimainkan dan particle hanya bergerak ikut kemahuan kita dan bukannya komputer.
4)Setkan particle type kepada lens convex. Lens convex akan mengambil warna yang kita pakai pada layer jadi pastikan colour tu dulu yang kita pakai pada layer tu yang betol2 kita nak.
5) Setkan birth rate sangat-sangat besar dan longevity pun besar tapi tak besar sangat seperti birth rate,dalam scale 3:2 oklah. Ini untuk pastikan yang partikel yang terhasil sesaat terlalu banyak sehingga nampak macam membentuk garisan. Ok,kat bawah ni summarylah




Allright,sekarang kita main expression pulak,alihkan cursor kita pada timeline dan sebelum tu tekan pada layer Emitter dan tekan p sekali, dan ini akan bawak drop down menu position pada timeline. Ok,kemudian pergi pada layer partcile dan keluarkan drop-down menu producer dan pada postion x,y dan z taipkan expression ni,(tekan alt+click pada logo stopwatch kat situ untuk keluarkan expression dan taip saje expression ini.



x untuk position x,y untuk position y dan z untuk position z,ini untuk memastikan yang position producer particle tu terikat pada null object dan memastikan ia boleh bergerak secara 3d. Dan kemudian pada layer Emitter tekan alt+click pada stopwatch position dan taip: wiggle(5,1000), ini akan memastikan yang position emitter tu akan bergerak secara random dalam kelajuan 5 dan scale up to 1000. Anda jugak boleh bermain kat nombor2 tu dan lihat apa hasilnya. Ok,kat bawah ni apa hasil yang akan terjadi,



Ok,sekarang dah nampak ok,lepas tu tambah sedikit glow tekan pada effect>>stylize>>glow dan ini menu yang akan keluar pada region effect



ok,yang kita akan main hanya pada glow treshold( ini basically adalah limit pada satu object tu untuk die glow, lebih besar nilai die,lebih sedikit part die akan glow),glow radius, (ini menunjukkan radius kawasa nglow tersebut,) dan glow intensity atau kekuatan glow tersebut dan kemudian kita setkan glow treshold rendah sedikit,glow radius increase sedikit dan glow intensity pun tingkatkan sedikit dan kemudian pada menu original colors tukarkan kepada A&B Colors dan kemudian pada color B tukar kepada warna biru, kat bawah ni summary die,



dan ni hasilnya



Ok,itu sahaja dari saya,kalo ade sebarang benda yang tak ok ke apa ke,komenlah kat bawah ye,sehingga berjumpa lagi

Thursday, October 15, 2009

Criminal Minds & DAC 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca2 semua, hari ni nak post sikitlah eh pasal personal. Alhamdulillah tanggal 10 September hari itu, saya telah terpilih sebagai finalis kategori short film and animation bagi DAC 2009. Tak sangka gak terpilih, Alhamdulillah dan syukur kepada Allah S.W.T kerana dapat gak jadi finalis DAC ni. Kepada yang tidak tahu ape tu DAC, ia membawa maksud Digital Art Competition, ia pertandingan yang dianjurkan oleh kelab Medtech. Itu basic infolah. Kenape saya nak masuk? Sebab hadiah utama die adalah RM 1500, tulah pasal nak masuk,mewah tu kalo dapat.

Pada peringkat akhir, setiap finalis kena mempersembahkan artwork masing2 dan beritahu significant artwork tu mengikut theme. Hm,dan alhamdulillah saya telah terpilih sebagai juara kategori short film dan animation dan membolot hadiah rm 1500, hahahahahahahah,hepi giler aku hari itu, malam tu straight belanja kawan2,nak lepaskan nazar.

Ape-apepun cukuplah cerita pasal DAC. Kat bawah ni adalah montaj baru yang saya buat,saja2 suka-suka buat lepas tengok video tutorial dari www.videocopilot.net terus try buat apa yang diajar dari tutorial tu. Tajuk video kat bawah ni adalah Criminal-Theme sebab pakai lagu tema untuk Criminal Minds. Hope enjoylah montaj yang pendek ni untuk promo diri saya.

Wednesday, October 7, 2009

Alam Ghaib Part 3: Guide Berubat Secara Tradisonal


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Di sini penulis ingin menyambung pasal alam ghaib ni dalam bahagian guide untuk berubat secara tradisional. Mungkin para pembaca ingat perkara ini tak penting, tapi sebenarnye perkara ini antara masalah yang melanda masyarakat Melayu kita, kalo tak tahu menahu tentang perubatan tradisonal ni dan men belasah je pergi, mungkin boleh membawa kepada syirik. Jadi dalam sepanjang dua tahun lepas, saya ada pergi banyak perubatan tradisonal ni, ade yang elok, dan ade yang tidak. Tujuan? Jangan tanyalah sebab itu hal peribadi. Dan saya pernah tanyalah seorang ustaz darussyifa' ni tentang berubat secara tradisional ni, mana yang elok, mana yang tidak,ini antaranya:

1) Tukang Pengubat, sebelum pergi, kalau boleh risiklah dulu tukang ubat tu,orang mana, agama apa,jangan-jangan tetiba je orang sakai, bahaya tu. Seeloknya orang itu Islam, dan lebih molek lagi kalau tok imam ke,bilal ke, ustaz ke, ataupun orang yang dipercayai orang kampung sekitarnya.

2)Cara mengubat, yang ni banyak sangat nak cakap, antaranya Ustaz tu berpesan,pastikan tukang pengubat tu kalau baca ayat Quran, biar jelas dan terang, kalau berbisik-bisik dalam senyap tu, tu dah menjadi satu curiga. Kecuali kes-kes tertentu seperti kalau jin tu ada dalam telinga,jadi dia bisiklah kat telinga, takkan nak baca kuat2,pekak telinga orang tu nanti. Kemudian perhatikan barang-barang dia pakai, kalau ada kemenyan, sorilah rejectlah awal-awal sebab kemenyan tu mengundang jin untuk datang, asap kan makanan jin. Pastu kalau dia mintak air perigi buta, ha, itu pun kena reject. Perigi buta tempat jin dengan syaitan tinggal. Macam mana dengan telur? Telur boleh,memang digunakan kadang-kadang oleh ustaz di Darrussyifa'. Pastikan mereka gunakan barang tersebut hanya sebagai asbab sahaja. Pastu ini ada sedikit infolah, kalau bawak air untuk berubat, tak pun baca yasin ke, jangan bawak air masak, bawak air mineral, ini sebab air masak molekul-molekul dalam tu semua dah mati, jadi sia-sia korang bawak, takde effect pun kalau korang baca yasin kat air tu. Ini pesanan dari kebanyakan ustaz yang aku jumpalah.

3)Mintak duit, yang ini pun agak meragukan jugak, boleh sebenarnya kalau dia berubat tu nak mintak duit, tapi kebanyakan yang elok ni, dia kata, bayarlah seikhlas mungkin. Jadi akalau ada yang mintak duit banyak2 ni, sorilah jangan pegi, sebab tak confirm pun boleh baik.

4) Tukang ubat gatal? Ha, yang ni kepada perempuan-perempuan korang pandai-pandailah nampak sendiri gatal tu macam mana eh,huhu,jadi elakkanlah tukang ubat camni.

Ha,itu antara nak bezakanlah yang mana berubat tradisonal ni yang elok untuk kita atau tidak,ini pulak sedikitlah adab-adab berubat ni:

1)Serahkan semua kepada Allah dan jangan percaya seratus peratus kepada tukang ubat tu yang dia boleh sembuhkan kita, yang sembuhkan kita hanya Allah S.W.T

2) Hormati tukang ubat tersebut, kalau dia tidak dapat sembuhkan kita, jangan dimaki-maki pulak tukang ubat tersebut. Lagi satu pakailah pakaian yang elok semasa nak berubat tradisonal ni, takdelah tukang nak pikir dua kali, nak pegang tidak,nak pegang tidak, haha.

3)Jangan terlalu obses dengan tukang ubat, kalau dah jadi baik pulak, jangan diagung2kan tukang ubat tersebut sebab yang memberi sihat tu adalah Allah S.W.T

Tuesday, October 6, 2009

Menanti Di Barzakh

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca, kali ini nak sampaikan lirik sebuah lagu. Saje2 je nk kongsi lirik lagu ni dengan korang sume. Sedikitlah info pasal lagu ni,dinyanyikan oleh kumpulan Far East untuk album mereka Halawatul Iman. Far East ini antara anggotanya adalah adik kepada Faizal Tahir iaitu Anas Tahir. Far East ini adalah antara group nasyid yang backup singer dan harmony suara group die yang paling best( 2nd to Mirwana sebenarnye iaitu ex-group Faizal Tahir ). Ade kisah tersendiri di sebalik lagu ni punye video klip. Kalo sesiapa yang pernah tengok video klip lagu ni,korang akan perasan diorang paparkan scene tengah mengebumikan jenazah. Sebenarnya pada asalnya diorang bercadang nak gunakan pelakon, tapi tanpa diorang sedari ada orang yang meninggal masa tu jugak, jadi diorang mintak keizinan keluarga tersebut untuk memfilemkan proses diorang kebumikan jenazah. Kira apa yang korang tengok dalam video tu adalah scene sebenar dan bukan lakonan semata-mata. Seram jugaklah bila aku dengar pasal info ni,pasal perkara ni jugaklah Far East menjadi group nasyid ke-3 masuk melodi( jarang group nasyid masuk melodi sebab diorang x bikin kontroversi ) disebabkan video klip 2. Seperti mana video klip 2 adelah video yang benar,sama jugaklah seperti lagu ni, semuanya kisah benar belaka. Ayat yang aku highlitkan kat bawah tu, adelah ungkapan yang paling beri kesan, kadang2 meremang gak bulu roma bila dengar, jadi ape-ape pun hayatilah lagu ni and try download, mak aku boleh menangis bila dengar lagu ni,tapi aku ok je,cuma takot 2 adalah, enjoy2



Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Seusai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Saturday, October 3, 2009

Post Untuk Raya: Tradisi Beraya


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada bloggerz2 sume,Alhamdulillah hari itu ramadhan sudah berakhir dan kita sudah lebih 2 minggu beraya. Selepas puas menjamu diri dan membalas dendam sebab tak dapat makan bulan pose hari tu,kini tibalah masanya yang mungkin agak sesuai untuk puasa 6,makan dulu puas-puas baru pose,kata mak aku,haha,aku sendiri pun baru 1 hari je puasa.

Apa-apapun post aku untuk kali ini adalah demi membicarakan tentang topik yang mungkin orang tak berapa nak kisah sangat sebab dah sebati dalam diri, tapi sering terdengar dingomel2kan oleh orang2 tua kita. Tajuknye ringkas, tradisi. Perkara ini timbul hari itu bila aku beraya di rumah baru aku di Kampung Musai,Melaka. Kampung Musai ini memang betol2 terasa suasana kampung die,walaupun terletak betol2 kat tengah bandar,tapi orang kampung kat sini masih mengekalkan adat resam dan budaya, yang paling kelakar adalah time pose. Tepat pukul 3 pagi,budak2 muda kampung ini akan berkumpul mengambil kompang dari surau dan berarak dari rumah ke rumah mengejutkan orang bersahur. Yang kelakarnye diorang xkan blah2 selagi xnampak lampu dapur terbukak. Tulah,ade sekali dorang kejutkan kat rumah aku,aku pun bangun,dan bukak semua lampu rumah,tapi terlupa lampu dapur,i2 yang aku pelik tu,asallah dorang ni dok bising lagi,last2 mak aku tanya,'dah bukak lampu dapur?', pas aku bukak 2 barulah dorang blah. Aku secara jujurnya rasa annoyinglah dengar dorang berkompang,tapi seriously, lebih effective dorang ni dari jam loceng 2 ringgit tu,haha. Pastu banyak lagilah tradisi2 yang diamalkan orang kampung ni yang tidak dapat dirasai di bandar,seperti takbir dari rumah ke rumah,berlawan menghulur makanan sesama jiran(aku tak hulur pun,aku dok amik je), dan macam2 lagi.

Itu tradisi-tradisi yang baik,walaupun ada cacatnya kat situ( contohnya takbir runah ke rumah,nanti aku akan ulas lebih lanjut), tapi ade jugak tradisi-tradisi beraya ni yang tak elok sebenarnya,antaranya:

1) Main mercun( tradisi ke?), apa-apa pun memang diakui time nak raya je,ade mercun meletup,belum raya lagi pun, dah ade mercun meletup. Sebenarnye ini bukan tradisi orang Melayu lebih2 lagi orang Islam,sebaliknya tradisi masyarakat Cina. Ayah aku selalu kata yang bakar mercun ni macam bakar duit,kita bakar,bakar,bakar barulah kita sedar duit kita habis bila dah bakar mercun 2,lagi 1 aku tak payahlah nak explain dangerousnya mercun ni,jadi pikir2 lah sendiri.

2) Pelita di malam 7 likur,ini pun kalo diikutkan bukan tradisi kita,tradisi masyarakat kaum India,diorang pasang pelita ni sempena pesta cahaya( Deepavali ), tengok,sesuai kan nama dia,tapi Aidil Fitri takde membawa maksud cahaya sebaliknya fitrah,lagipun pelita ini macam menjadi penggalak kepada budak2 nak main mercun. Dalam family aku,rumah kampung ke,bandar ke,tak pernah pasang pelita,bila ditanya,itu tradisi orang India,buatpe kita nak ikut.

3)Ketupat,rendang dan makanan berlemak di hari raya,(hmmmmm.....),yang ni aku tak berani nak komen,haha,tapi hari itu aku tengok kat tv ada 1 rancangan ni,( Panduan Pemakanan Sihat di Hari Raya), yang tak logiknya, 1 air manis 1 hari ketupat 4 biji sehari( logik tak,logik tak?), haish,apa-apa pun, ade orang nasihatkan start raya ke-3 sudah boleh start berpuasa,jadi kalo boleh kurangkanlah,jangan time raya sume rumah nak belasah makan.


4) Takbir dari rumah ke rumah,ha yang ni memang banyak eloknya, kepada yang tak tahu apa ni, inilah pengalaman beraya aku yang paling best sekali. Kronolginya macam ni,orang-orang ramai2 lepas sembahyang isyak terus bergerak mengunjungi sebuah rumah dan bertakbir raya di situ, kemudian selepas takbir, tuan rumah akan menghidangkan makanan kepada para tetamu,dan acara ini akan dilakukan dari rumah ke rumah sehingga semua rumah di kampung itu dikunjungi. Banyak kebaikannya benda ni,dapat mengeratkan persaudaraan,dapat makan( hehe), tapi yang tak bestnye semua rumah tak nak kalah sediakan makanan berat-berat,kalo dua tiga rumah je aku pegi tak pelah,sampai 11 rumah,dan aku kesian tengok rumah yang last2 tu,sampai merayu ktorang makan,padahal masing2 dah tengok makanan sedap macam manapun dah takde selera,last2 sebab kesiankan tuan rumah ktiorang jamahlah sedikit. Sampai rumah, aku dah pening kepala sebab banyak sangat makan. Patotnye setiap rumah dah taw orang datang banyak rumah,sediakanlah makanan ringan2 je,kuih ke,buah ke,asalkan ringan, kalo tak benda ni boleh menjurus kepada pembaziran.

5) Duit raya,yang ni aku tak de nak komen,memang elok walaupun asalnye dari masyarakat china,yang aku tak puas hati kenapa aku dapat duit raya sikit je.

Ha,itu antara tradisi raya yang sempat aku ulas,kalo nak ulas semua,agaknye sampai esok pun korang tak habis baca. Apa-apa pun aku rasa masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir dan batin.

Saturday, September 12, 2009

Alam Ghaib Part 2:Pengalaman Aku


Assalamualaikum,bertemu kembali kita semua di sudut ilmu mengupas tentang alam ghaib ni,walaupun anda semalam telah terkena prank yang dahsyat dari saya,saya mintak maaf,sebenarnye buat secara tak sengaja,apa-apa pun saya nak sambung cerita tentang pengalaman saya tentang alam ghaib ni,bukan cerita hantu eh,sebab seumur hidup saya tak pernah jumpa hantu. Alhamdulillah

Dialog Antara Seorang Ustaz,Jin dan Tuan Kepada Jin Tersebut


Taun lepas,ketika cuti semester,aku ada ikutlah salah sorang ahli keluarga aku ini,pergi ke sebuah surau kecil dekat dengan Melaka Sentral,Melaka,tujuannya nak berubatlah . Aku ni tukang ikut je, sebelum pergi,kami sediakan bahan-bahan macam daun rambai,air mineral,n limau kalau tak silap akulah. Sampai2 je expectation aku rendah,yelah, ustaz kat surau kecik je pun,bukan masjid besar-besar,tapi pandangan ku berubah bila nak pulang,ustaz ni memang aku respek.

Yang aku nak cerita ni bukan sal ahli keluarga aku ini,tapi salah seorang lagi pesakit yang tengah tunggu sebelum kami. Kisahnya pesakit ini, yelah die ini dah bermadu,dia ni isteri tua,n yang isteri muda ni pulak sihirkan yang isteri tua ni sampai isteri tua asyik kena dok lupa oleh suami die. Kesian jugaklah bila aku dengar kisah dia ni. Itulah antara cerita yang aku dengar dari pesakit itu sementara menunggu ustaz tu datang,rajin pulak keluarga dorang bercerita. Sampai-sampai je ustaz 2 kat surau,aku terkejut,eh,ustaz ni muda lagi,umur die dalam lingkungan 20-an jugak,hensem jugak, muka bersih je,(tapi aku lagi hensem ar),rupanya ustaz ni orang Kelantan.

Dalam hati aku pikir"boleh ke ustaz ni,nmpak macam baya-baya aku je,die salam aku je dia leh panggil aku abang,hehe,". Tapi apa yang berlaku seterusnya mengubah persepsi aku. Ustaz itu mulakan rawatan pada si isteri yang bermasalah tadi(yelah ikut giliran kan),die mengarahkan orang itu pakai telekung sembahyang yang lengkap supaya dia dapat elakkan bersentuhan kulit dengan perempuan itu. Lepas itu dia pun bacakan ayat Al-Quran dan sedikit doa2 sambil memegang kepala perempuan itu,tak sampai berapa minit ustaz itu baca perempuan itu dah mengomel-mengomel( 'Aku tak nak keluar,aku tak nak keluar'). Last-last ustaz 2 baca ayat dan command jin itu berbicara dengan dia.

Jin: Hey,ko cpa ah nk suruh aku keluar ni?

Ustaz: Ko kenal kan Nabi Sulaiman,ko taw kan perjanjian apa yang kamu buat dengan Nabi Allah itu? Yang kamu tak boleh dalam sebarang bentuk pun berhubung dengan anak cucu Nabi Adam, aku hanya hamba Allah yang mahu ko menunaikan janji,sekarang keluar kau. ( Ustaz 2 baca ayat Al-Quran sedikit dan pukul perempuan itu dengan daun rambai,menjerit jin itu)

Jin: Aku tak nak keluar,aku tak nak keluar,aku tak nak!!!

Ustaz: Siapakah kau ini? Adakah ko Jin Islam? Jika kau Jin Islam takutlah kamu pada Allah dan siksa api neraka,jika kau jin kafir ingatlah bahawa tiada tuhan yang patut disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Jin: Ey,aku kapirlah,aku kafir,aku tak nak masuk2 Islam ni,tuhan aku setan,aku tak percaya tuhan lain( Nauzubillah ). Aku tak nak masuk Islam,nanti tuhan ngan tuan aku marah.

Ustaz:Kenapa ko mengganggu perempuan ni?

Jin: Ey,orang suruh aku buat,aku buatlah,die bayar aku,die bagi aku makan,tuan aku bagi aku makan,aku tak nak keluar,aku tak nak.

Ustaz:Kalo begitu,ko panggil tuan ko sekarang,aku nak berbicara dengan die.

Jin:(Tersenyum sinis) Ko memang carik nahas eh,aku dah taw rumah ko katne,keta kancil kan? hehe,ko memang nahas,tuan aku dah target ko,berani lagi ko nak melawan die,siap nak panggil die? Ko pk ko cpa?

Ustaz: Aku tak takut pada ugutan ko,aku hanya takut pada Allah S.W.T, sekarang panggil tuan ko( ustaz 2 baca ayat2 sikit pas2 libas perempuan tu ngan daun rambai,menjerit jin itu dan terus berubah suara perempuan 2).

Tuan Jin: Hey budak!! Kurang ajar ko! Ko pk ko cpa? Ko bdak mentah lagi ko nak lawan aku? Ko tak taw hormat orang tua ke?

Ustaz: Maafkan saya kalo saya tidak menghormati pak cik,tapi pak cik dah melakukan kesalahan yang amat besar sekali,kenapa pak cik kacau wanita ni?

Tuan Jin: Hey,bukan aku yang nak buat,orang yang bayar aku,bini muda tak suka kat die,dia yang suruh aku buat,aku buatlah.

Ustaz: Pak cik2,nama pak cik sape?

Tuan Jin: Aku ni Shah Rukh Khan ko taw tak?( Buat lawak plak pak cik ni)

Ustaz: Pak cik jangan main2,kita ni bisnes serius pak cik,(ustaz tu libas perempuan tu) Sekali lagi saya tanya dengan pak cik,nama pak cik sapa?

Tuan Jin:(mengerang sakit) Haji Karim(bukan nama sebenar,tapi part yang haji 2 memanglah).

Ustaz:Pak Cik dah pegi haji dah,patotnye pak cik taw yang benda ni berdosa,saya mintak pak cik tolonglah istighfar,mintak keampunan dari Allah S.W.T. Saya harap pak cik janganlah kacau lagi perempuan ni,jika tidak dengan izin Tuhan saya akan berkasar pada pak cik( pastu ustaz 2 pun baca sdkt ayat2 pas2 hembuskan kat muka perempuan 2 dan keadaan menjadi reda)

Cerita yang aku cerita kat atas ni bukan aku ambil dari buku atau adaptasi dari mana2 filem horror,tapi pure pengalaman aku sendiri. Sebenarnye perbualan tu panjang lagi dekat lebih kuran sejam macam tu,pastu ade gak jin2 lain yang terlibat,yang jin kat atas tu jin bos,jadi aku cuma selitkan perbualan-perbualan yang penting je,pastu jin ngan pak cik ni pulak memang jenis degil,sampai berkali-berkali ustaz tu sebat sebenanrya sampai nak sembelih pun ade( pakai rotan lah,bukan parang,adalah ayat2 die),tapi tak nak gak die kuar,tapi akhitnye pas constant siksaan jin 2 pun kuarlah gak. Nanti dalam part 3 aku akan paparkan sedikit informasi dalam berubat secara tradisonal ni. Sekian,wassalam

Friday, September 11, 2009

Alam Ghaib Part 1

Assalamualaikum, dah lama agaknye saya tak post dalam blog ni,mintak maaflah sebab prank semalam eh,tak sangka ade lak yang terkena. Haha,orang kata bulan2 puasa ni tak sesuai cerita pasal alam-alam ghaib ni,sebab setan tak ada kan bulan ni. Tapi sebab setan tak adalah time yang sesuai nak citer. Jangan risau,post aku ni sesuai untuk bacaan umum. 'U' punya rating,tak ada 18SG sume ni.
Bukti Wujudnya Alam Ghaib Dari Al-Quran

Allah menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar dan Dia menciptakan jin daripada api yang bernyala“(surah al-Rahman:ayat 14-15)

Hai sekelian jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi(melintasi) setiap penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan“(surah al-Rahman:ayat 33)

Katakanlah(hai Muhammad):”telah diwahyukan kepadaku bahawasanya:sekumpulan jin telah mendengarkan(ayat al-Quran)lalu mereka berkata: sesungguhnya kami telah mendengar al-Quran yang menakjubkan:“(surah al-Jin:ayat 1)

Atas ni antara firman-firman Allah S.W.T tentang alam ghaib ni dan fokus terutamanya pada jin. Aku tak nak ulas panjang2 sebab ni ayat Quran tak berani nak buat main woo. Tapi aku rasa ayat kat atas itu dah jelas dapat membuktikan kewujudan alam yang kita tak nampak ni. Ade ahli falsafah barat pernah cakap,Kalo anda percaya wujudnye Tuhan anda kena jugak percaya wujudnya syaitan. Logik yang amat boleh diterima akallah. Aku pun nak menambah,Kalau anda percaya dan beriman pada Allah S.W.T, anda juga kena percaya pada dan beriman pada Kitab2Nya.

Bukti Wujudnya Alam Ghaib Dari Segi Sains

Yang part ni,sebenarnye belum boleh conclude btol2, sebabnya ahli sains belum jumpa bukti yang betol-betul conclusive pasal Alam Ghaib ni. Ape ayat orang putih die? The findings is inconclusive,ha yang tu. Tapi ahli sains dah lama dah nak membuktikan kewujudan benda yang kita tak nampak ni. Pernah tengok cita macam The Seekers,Misteri Nusantara sume tu? Format die lebih kurang sama,paparkan satu misteri,ataupun kejadian yang berlaku,pastu diorang cuba nak ambik gambar hantu tu,nak tunjukkan kat para penonton. Aku tak suka sangat yang macam ni,sebab tak ada value saintifik sangat. Aku lebih suka dokumentari misalnya, Is It Real? ataupun Monster Quest. Diorang gunakan format macam perdebatan,diorang pamerkan pendapat yang percaya,dan jugak tunjukkan pendapat yang skeptik(yang tak percaya) pastu pamerkan bukti dan macam berdebatlah. Selalu citanya habis dengan inconclusive,tak dapat buktikan sepenuhnya kewujudan sesuatu kejadian tu,misalnya big foot ke,hantu ke. Jadi dari segi sains belum ada bukti kukuh lagi. Tapi dari segi teori,memang banyak. Pernah dengan tentang Parallel Universe? Ahli sains ade teori tentang wujudnya alam yang lain dari alam kita,kenapa keluar teori macam tu? Pertama sebab teori relativiti einstein dan teori quantum physics bertentangan antara satu sama lain. Teori ni tak sebulu antara satu sama lain,jadi mulalah ahli sains mencadangkan pasal theory of everything ataupun string theory yang nak menyatukan dua teori ni. Antara isi string theory adalah pasal kewujudan partikel bernama neutrino,tapi masalahnya partikel ni tak boleh dilihat,dirasa,tapi tiap-tiap hari ia melalui badan kita. Pelik? Lalu ahli sains pun mencadangkan tentang wujudnye alam yang lain ni di mana partikel neutrino ni resides. Ahli sains belum dapat buktikan kewujudan alam ni,tapi sekarang ade eksperimen tengah dilakukan dengan giatnya oleh ahli sains dengan menggunakan pemecut elektron untuk membuktikan kewujudan partikel neutrino. Eksperimen ini dikatakan akan mengambil masa dekat 50 tahun.

Pengalaman Aku Sendiri
Pernah dengar Pusat Perubatan Darussyifa'? Yang Ustaz Harun Din punya tu. Kalau korang nak tahulah Ustaz Harun Din memang terkenal dalam bab2 menghalau jin ni. Pusat Perubatan Darussyifa' ini ditubuhkan untuk menjalankan rawatan secara Islam,tapi mostly orang datang sebab nak buang sakalah,macam2. Aku pernah pergi Pusat Perubatan Darussyifa' ni,tapi cawangan die jelah kat Melaka. Rutin die time sebelum rawatan memang gempaq. Orang datang ramai-ramai pastu dorang ajak ramai-ramai baca yaasin ngan tahlil. Belum separuh lagi Yaasin tu kitorang baca dah ade orang menjerit dah kat belakang,meremang bulu roma aku dengar."Lepaskan aku,aku tak nak duduk dalam ni,panas2,"ha,sampai macam tu sekali. Pas dah baca yaasin je barulah dorang ni start rawatan. Ubatnya,ayat-ayat Al-Quran dan adalah bahan-bahan lain sebagai perantaraan. Tapi memang mujarablah. Banyak lagi tempat-tempat yperubatan Islam yang aku pegi,tapi tak nak cerita sumelah,kang penuh 1 blog aku. Tapi dari pengalamn aku,benda-benda ni sumenye ade,cuma memang kita tak boleh nampak. Tapi kita nampak effect die,macam perempuan menjerit 2,giler ape pempuan nak menjerit dalam surau,ha,jadi pikir2lah ape yang menjerit tu. Aku akan citekan lebih banyak sal alam ghaib ni dalam part 2. Wassalam

Wednesday, September 2, 2009

Fasting : For RD Montage Competition



Assalamualaikum, smpna bulan pose ni,( bru smlamlah ) aku mencuba nasiblah masuk dlam prtandingan montage anjuran Rakan Masjid UTP sempena Ramadhan Dsicovery 2009. Ni firstlah montaj aku lbh dr 4 minit, sbb requirement time 5 minit (giler ape ), tp nk bwat camane, bukan pertandingan bapak aku, ape2 pun, aku telah mencuba sehabis baek, menang kalah itu sume ketentuan Tuhan. Terima kasih kepada Syazwan dan Sap Atan yg menyokong aku giler2 mse present semalam.

Tajuk montaj ni fasting, RD ade bagi aku 4 tema, aidilfitri, fasting, ramadhan, path towards righteousness. Knape aku plh fasting? Sbb raye jauh lagi, aku xde feeling lg nk beraye, sbb aku bwat montaj ni ikut feeling. Pas2 kalo path towards righteousness, sorilah, aku ni bukan bek sgt, xtaw cne nk ulas. Mmandangkn tahun ni aku smngat skit time pose, aku bwatlah tajuknye Fasting.

Ape yg aku nk rari montaj ni, adelah apabila orang tengok, terkesanlah dalam hati, tu sebab aku selitkan lagu yg slow dan sedap, and pastu aku bg ayat kow2lah, ape2 pun enjoy.

Sunday, August 30, 2009

Merdeka


Hari ni hari yang aku post artikel ni, merupakan hari Merdeka kawan2. Hari nilah harinya Tunku Abdul Rahman melaungkan Merdeka sbnyak 7 kali di Stadium yg nmenye pun Stadium Merdeka. Ketika zaman itu jelas sangat perkataan Merdeka itu sekali menjadi makna yang sangat besar kepada rakyat Tanah Melayu ketika itu. Yelah, kalo nama Merdeka itu terus diletak kat nama stadium bermakna mereka sangat2 merhargai perkataan 2, bukan mereka laungkan suka2, kalo x, dorg leh ltak nma Stadium Tunku Abdul Rahman. Tapi x, dorg ltakkan nma Stadium Merdeka, sbb Merdeka 2 ertinye sgt besar bg dorg. Tp bg kte? Ntahlah,aku ble dgar sndri prktaan Merdeka 2,aku cma dpat rsakan seronok sbb dpat cuti. Aku rse org len pun lbh kurg sama. Bukan slah depa, tp kte xpnah merasai dijajah,jd kte xfham erti Merdeka 2.

Arwah bapak aku dulu selalu cakap, kalo ko pernah rase zaman penjajahan dulu, ko xkan sia2kan hidup ko sekarang bermain2,ko akan sntiasa berusaha utk tdak dipijak org lg. Sbb rsenye sgat perit. Aku terima kata2 bapak aku, yelah sbb die pun hidup sjak zaman sblum jpun lg. Ktika org2 tua ni dulu sume merasai keperitan dan kesusahan, kte ni skrang hidup mewah, moden dengan segala kesenangan. Dorg dlu duit 10 sen,duit 20 sen 2 kalo dpat melompat2 kanak2 zaman dulu, skrang duit 2 yg terlompat2 kt bwah kaki kita,kte yg mlas nk pungut balik( 'Ala 20 sen je pun'). Ktika knak2 zman dlu ade yg trpksa brkrja seawal umur 15,16 tahun nk menyara keluarga, kte skang ni 15,16 tahun terjerumus dalam keseronokan dan maksiat.

Sekarang ni, ramai yang menggunakan istilah neokonialisme melihatkan keadaan rakan2 kte scra keseluruhan. Ramai yang kata kite ni telah dijajah minda kita oleh Barat kerana lebih mengagungkan budaya Barat dari budaya kte sndri. Aku xnak ulas pnjang lah sbb aku bkannye negarawan, tapi nk tambah skit je. Bukan kat Malaysia je yg kne neokolonialisme, kt luar pun byak. Byak negra2 mengalami krisis belia bermasalah. Even ngra2 kt barat pun teruk mengalami krisis mcam ni. Cp menjajah cp? Aku x rse sume ni 1 bentuk penjajahan baru, cuma slah kte sndiri sepenuhnye. Ble kte xdpat mendidik anak dengan baik, kte menyalahkan pengaruh2 luar ni sume. Sbnarnye ble kte buat slah ni, jgan disalahkan org2 len, sbb slah 2 slah kte sndri. Total,complete,slah kte, bukan mcam cte Anakku Sazali( Ini sume slah bapak!) X,ble kte jd nkal,jhat,itu sume slah kte, bkan slah pengaruh kwan,mak bpak, byak lagilah. Itu sbb para pemotivasi mcam Dr. Fadhilah Khamsah selalu ckap, pglah motivasi sbyak mne pun kalo dri sndri xnak brubah, mmg xkan berubah. Aku belajar ni hard way, scra pengalamn aku sendiri. Jadi mmg xde penjajahan baru, neokolonialisme ni sume, yg ade ksilapan kte sndiri yg x memahami erti Merdeka. Kalo sume belia kt Malaysia ni fham erti Merdeka, aku rse mslah sosial xkan terjadi. Kalo dorg taw btape peritnye dijajah, dorg xkan men2 dan berusaha.

Aku ckap bukan sje2,ade tgk citer Transformers :Revenge Of The Fallen x? Korg jgn tgk je, dlam cte 2 aku perasan, yg pengarah 2 sengaja nk mengheboh2kan kekuatan tentera Amerika? Tp mslahnye die bukan heboh2, tapi kenyataan. Sjak peristiwa 9-11, Amerika telah menguatkan pengaruhnye di Timur Tengah,nmpak x, dgan 1 konflik je, trus dpat conquer Timur Tengah. Banyak markas2 tentera Amerika kt Timur Tengah. Navy2 die pun dipatrolkan dekat2 situ. Nmpak x lajunye tentera dorg brtndak ble dpat arahan? Skang ni Amerika ade base kat Singapore. Kalo sekali die nk attack Malaysia? Snang x die nk bwat? Sng je. Aku sje ckap ni nk tmbulkan rse takot dlam dri korang, Amerika stepkan duit utk Militarynye lbh byak dri 1 dunia pnye budget Military. Kalo sekali Amerika buat kerja giler die,bersediakah kte? Jd Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke-52.

Thursday, August 27, 2009

Maercaestro Studio



Ini montaj aku bwat sje2, utk seronok2 gaklah,aku bwat pkai Adobe After Effects 7.0,
Ini kali pertama lah bwat btol2 sistematik,siap ade prancangan,ade log,hu

Project Name:Fringe-Theme.aep
Duration:00.00.21.00
Themes:Maercaestro Studio Intro
Size:648 KB
Begin:29/5/09
Ends:2/6/09

Finished Composition(Rendered)
Fringe_1.avi(without sound)
Size:622 MB
Created:2/6/09

Finished Movie(In Movie Maker)
Maercaestro Intro.wmv
Size:3.64 MB
Created:2/6/09

Sunday, August 23, 2009

Science and Islam


Mase cuti ari 2,aku smpat tgk cte nilah kt History Channel. Aku ske tgk history channel,sbb sgat2 bez. Byak aku blajar dari history channel nih,lagipun dokumentari die 1st class, x bosan ar nj tgk. Anyway,start je iklan cte ni kuar, aku pun x sbau2 nk tgk. Tjuknye Science and Islam: A 3 Part Series. Aku nk taw jgak,ape view org bkan Islam tntang Islam ni. Tp ble start tgk, agak kcewa gaklah, sbb host die org Islam, aku ingatkan die bglah org bkan Islam jd hos, bru bez sket, nmpak x bias. Tp xpelah, nk bwat mcm mne, bkan dokumentari bapak aku. Ape2 pun cte ni dbahagi kepada 3 part. Part pertama dpanggl language of science, ke2 dipanggil the empire of reason, and ke3 dpanggil the power of doubt. Secara kseluruhannye dokumentari ni nk ctekan, ape pranan masyarakat islam dlam dunia sains. Jd sy akan cuba explainlah part ni 1 persatu scra summary.

Part 1: The Language Of Science
Dlam part ni, die fokus byak kepada msa kerajaan Abbasiyyah yg berpusat di Baghdad. Ape yg tjuk 2 mksudkan adlah gerakan penterjemahan yg dilakukan oleh Khalifah2 Abbasiyah yg dlm bahasa Inggerisnye dpanggl the translation movement. Ape yg hbatnye mse zaman ni, penterjemahan bahan2 ilmu diambil dari berbagai tempat di seluruh dunia, x krelah India ke,China ke, Rome ke, Parsi ke, dowg blasah je amik dan diterjemah ke bahasa Arab. Pas2 ssiapa yg menterjemah sesuatu karya ilmu 2,akan dbyar dgan upah lumayan oleh Khalifah2 sehingga lbh kurang 1000 dinar utk 1 karya je. Khalifah2 pda zaman itu begitu obses psal ilmu ni smpai sggup mengupah 10000 dinar utk karya yg die nak . Apa yg nk dtkankan kt cni adalah keobsesan masyarakat islam pda zaman 2 trhdap ilmu, dan masyarakat Islamlah masyarakat pertama yg melakukan gerakan penterjemahan ni, dan menghubungkan sains menjadi ilmu universal buat prtma kalinye. Sbb sblum ni, sume tamadun ade ilmu sians msg2 dan mreka tidak brhbung, tp masyarakat Islamlah yg menyatukan pendapat ini sume mnjadi 1.

Part 2: The Empire Of Reason
Dlam part ni, die nk tnjukkan sumbangan umat Islam dlam mencipta kaedah saintifik. Korang taw x ape 2 kaedah saintifik? Kaedah siantifik 2 mcm bnda yg kte blajar kt sekolah menengah dulu, inferens,pemerhatian, lbh kurang mcm 2 lah. Tokoh2 Islamlah yg prtma mncpta kaedah saintifik ni dan membuat byak lg penemuan yg lain. Part ni jgak tnjukkan bgaimna empayar Islam yg luas 2 mnjadi pendorong kepada perkembangan sains dan teknologi. Seperti contoh, ade sekali 2,seorang Khalifah Abbasiyah ni meminta seorang sarjana Islam mengukur saiz bumi, dan sarjana Islam 2 hnya menggunakan formula theorem pythagoras dan sdikit dimodifiedlah, and dpat bcaan dgan 10% perbezaan ngan bcaan sbnar. Agak impresslah, sbb die cme gnakan astrolabe ngan buku tulis je. And ape yg aku suka part ni yelah ble sarjana2 barat sendiri mengakui yang empayar Islamlah empayar terhebat di dunia ni sepanjang sejarah tamadun manusia.
Dowg mengakui dengan sendirinye yg tnpa empayar Islam dunia sains tkkan brkmbang dan msh di takuk lama.



Part 3:The Power Of Doubt
Part yg last ni yg aku suke. Part ni menunjukkan yg srjna2 barat yg hebat2 2,byak mendapat bntuan dari kajian sarjana2 Islam. Ade antra mereka macam Copernicus menceduk blat2 idea Islam dan mengakui itu adalah karyanya sendiri. Tapi sejarah x menipu, fkta2 membuktikan bhawa srjana Islamlah yg menjadi pemangkin kepada perkembangan dunia sains dan teknologi. Dan ketika perkembangan sains dan teknologi ditentang oleh pihak gereja sbb byk sgat percanggahan, perkembangan sains dlam dunia Islam pulak disokong sepenuhnye menunjukkan Islam ni agama yang benar sbb faktanya x brcanggah lansung dengan penemuan2 sains.

Ape yg aku nk tkankan kt sinilah, adalah keobsesan masyarakat Islam zaman dululah terhadap ilmu ni. Seperti sabda nabi(kalau aku slah betolkan): Carilah ilmu sehingga ke negeri cina. Dan betol sekali ade rekod menunjukkan ade antra mreka ni sggup merantau ke China mencarik krya2 ilmu tulisan srjna2 China. Betapa orang Islam zaman dahulu mencintai ilmu. Tapi bila dibandingkan ngan sekarang, aku rase sedih. Aku mcam x puas atilah kte, rkyat Malaysia ni lbh agung2kan kryawan ,ahli sukan, pdhal depa 2 x bwat pape pun. Aku sgat2 x stju ble Lee Chong Wei dbgi anugerah datuk, ape die 2 bwat? Harumkan nama negara? Yg kte ni nk brlagak sgat leh mnang badminton 2 nape? Pdhal negara2 len x amik ksah sgat ngan kjyaan atlit2 mreka,yelah,mmg ade anugerah utk dowg dan sbgainye, tp dowg lbh pntgkan kajian sains dan teknologi dr bnda2 ni sume. Pas2 ade penyanyi2 pulak dpat datuk, cam siti nurhaliza. Ape yg di bwat? Menyanyi? Heh,kt tndas pun kdg2 leh dgar ade org nyanyi lgi sdap dri die. Xde point, bgtu rndah sekali ke mrtbat negara Malaysia ni smpai penyanyi pun nk bgk penghargaan? Aku btol2 mrah, aku prnah trbca ksah seorang rkyat Malaysia ni, die ni mmg penciptalah, Byak hasil2 rekaan baru yang die cipta, pas2 ada org kte die yg cpta abs( automatic braking system ) wallahualam. Tp mne die skrg? dpat datuk x? xde,aku trbce ari 2 dlam column kck je, die nk menyaman sebuah syarikat ni sbb ciplak hasil ciptaan die. Ape dah jadi? Knape kte ni dah x menghargai ilmu lagi? Ktka penyanyi2,ahli2 sukan dpat datok,kenapa ilmuwan2 ni, yg bwat bnda lbh brfaedah ni dhna smpai mcm 2 seklai? Diciplak hasil cptaan die, brsusah pyah mamat 2 cpta, ade kte bg pghrgaan? Jdi mnx bg ksdranlah, crik ilmu ni bkannye blajar aje, byk lg sumber, kalo korg jns yg x ske bce buku( macam aku ) tgklah dokumentari, byk bnda yg korg bleh blajar. Spe2 yg ade astro 2, tgklah channel 551(discovery),553(national geographic),554(discovery science),555(history channel),556(animal planet),732( crime and investigation network), bukannye akademi fantasia sume 2, kalo cp2 yg nk blajau pslp,ha tgk channel channel 555 cte engineering disasters, jd kalo bleh,cntailah ilmu, sbb ilmu leh trgkan hidup kita.

Friday, August 21, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

Tanggal 22 Ogos,seluruh umat Islam akan menyambut bulan ramadhan,bulan yang kita diwajibkan pose,pas2 bulan yg dglakkan utk kte bribadat. Pade mse blan inilah dikatakan waktu yang trbaek nk brhnti bwat bnda2 jhat,sbb smsa brpuasa,kte bukan stkat kna mnahan lapar,dan dahaga,tetapi jugak kena menahan nafsu kte dari melakukan perkara2 yg mmbtalkan pose. Pas2 ade gak orang kte kna pose mata,jgn tgk bnda2 xelok,pose telinga(jgan dgar bnda bukan2),pose mulut(jgan mkan,mnum atau brkta prkra yg bkan2). Dlu,x slap taun lpaslah,kementerian kesihatan lancarkan kempen utk berhenti merokok swk2 blan pose. Make sense jugak,sbb mse pose xleh merokok,jd alang2 dah kurangkan merokok mse bulan,knape x truskan aje di bulan2 yg laen? Konsepnye same mcm bnda len gak,kalo mse blan pose kte rajin smyang,jga mulut,mta,tlinga,tutup aurat,xkan nk bwat bolan pose je? Bulan lain?

X brani sya nk ckap byk2,sbb bnda2 ni sume hal agama,lbh bek bagi pade ustaz atau org yg lbh layak mengupasnye,cuma ape sya nk ckap,selamat menyambut ramadahan al mubarak.

Monday, August 10, 2009

The First Appocalypse?


19 Julai yang lepas kt History Channel( Ch 555,Astro ),aku tgk dokumentari ni,the First Appocalypse,dlam dokumentari 2,ditimbulkan idea yg dunia ni mgkn dh pnah kiamat sblum ni.Sbb mass extinction(kepupusan besar-besaran) sangat2 sush brlaku,wlaupun dlanda meteor sbsar mne pun,tp ia brlaku. 65 juta tahun dulu tibe2 90% makhluk kt bumi ni sume pupus. Saintis brkta angka ini sgt mustahil kalo hnye dsbabkan meteor jatuh je. Jadi ape sbbnye tiba2 makhluk kt muka bumi sume pupus macam 2 je?


Qoute Dari Laman Web History Channel Asia

Sixty five million years ago the dinosaurs were wiped off the face of the Earth. Over the years there have been a number of theories as to why. For the last three decades it has been thought that the cause was an asteroid impact in Mexico.

Now, some scientists believe that a giant volcano in India was the culprit, as well as other environmental factors. Either way, many agree that the demise of the dinosaurs could not have been a simple story of a single impact event, followed by complete extinction.

It is believed by many experts that a complex interaction of events combined to fulfill a fate many thousands of years in the making.

How can we learn from the dinosaur's fall from grace and how much our own fate may be intertwined with theirs? Are we doomed to follow in the dinosaurs footsteps or can we face down extinction?

Rumusan aku dari dokumentari 2

Lepas tgk dokumentari 2,aku persan dorang senaraikan beberapa kejadian yang berlaku yg membawa kepada mass extinction 2.

1)Yg prtama adalah sebab perubahan iklim yg mendadak. Saintis menjangka pada lebih kurang 70 juta tahun dulu,sangat byak gunung berapi yang meletus berbanding waktu2 yang biasa. Letusan gunung berapi boleh menyebabkan perubahan iklim yang mendadak. Letusan gunung berapi membawa bersama debu,asap,asid sulfurik,carbon monoksia,sume ni menyebabkan global warming. Jangan terkejut,sbb saintis mmg mengakui zaman dulu pun ade global warming.

2)Yg kedua adalah supernova sebiji bintang yang terletak dekat dengan bumi. Supernova adalah kronologi terakhir dalam kehidupan sebiji bintang. Di akhir riwayat bintang,ia akan meletup mengeluarkan sinaran2 kosmik yg berbahaya. Saintis berpendapat yg sinaran kosmik 2 dah melanda bumi dan menipiskan lapisan ozon bumi,menyebabkan hidupan di bumi lebih mudah terdedah kepada sinaran2 berbahaya dari angkasa lepas.

3)Ahli geologi mendapati lebih kurang 65Juta tahun dulu,berlaku sangat banyak gerakan plat tektonik yang boleh menyebabkan gempa bumi,jadi pada 65 Juta tahun dulu berlaku sangat byk gempa bumi kt muka bumi ni.

4)Yg akhir sekali dan boleh dikatakn faktor penamat adalah hentaman meteor. Bukan 1,tp ade 2 kawah besar yang ditemui oleh saintis, 1 yang terkenal kt Arizona dan 1 lagi kat Mexico yang dipanggil kawah Chixulub( Ekor Syaitan ). Tapi kawah kt Mexico 2 sangat besar,dan saintis berpendapat yang hentaman kt situlah yang menyebabkan mass extinction.

Nampak x dr senarai2 kejadian yg dicadangkan saintis kt atas 2? Mcm mne bnda 2 sume boleh berlaku dlam keadaan mcm serentak? Kebetulan? X,sume bnda 2 ade yang menggerakkan dan merancangnye. Jd mgknkah dunia ni dah pernah kiamat sebelum ni? Mungkinkah dinosaur2 adalh kaum yang datang sebelum kita? Wallahualam. Yg pasti fakta sains menunjukkan banyak persamaan dengan keadaan dulu dan sekarang. Penipisan lapisan ozon,global warming,letusan gunung berapi,gempa bumi menjadi2. Soalannye,bilekah the 2nd appocalypse akan berlaku? Wallahualam,

Sunday, August 9, 2009

Kuarantin:Penyeksaan atau Kebaikan?

2 minggu yang lepas,ramai student utp yg kena kuarantin,termasuklah aku,ble dh duduk kt dlam 2. Ble dtnye kbykan resident,sume kate BOOOSAAAAN. Memang bosan,dkrung mcm duduk dalam penjara, walaupun mknan dsdiakan( percuuumaaaaa!!),tp bosan 2 ttp ade,sbb xleh kuar,mnkmati udra segar kt utp,smpai pg klinik dh rse mcm 1 privileges. Tp ble dtnye kt org2 yg incharge,trutma fellow2 2,diorang prlu bwat mcm ni,sbb virus H1N1 ni sgt sukar diduga.Sbb ade kes,yg trjadi kt Melaka,yg mnggal 2 bru demam 2 ari,and bpak die xsgke 2 H1N1 sbb anak die yg laki kna demam selsema sebelum 2,tp trus shat,mcm mne leh jd smpai mcm 2?

Apa Yang Menjadikan H1NI sangat berbahaya?
Saintis mengakui yg virus selsema adalah virus yg sgat senang bermutasi. Mksudnye ia sgat snang mengubah gene dia smpai saintis sukar nk cari anti-virus nk counter-act,bgtu jgak dgan antibodi dlam bdan kte,sbb ape kte snang shat kalo kna selsema biase? Sbb bdan kte dh ade mklumat ttg selsema biase dn boleh produce antibodi utk mlawan. Tp utk selsema babi? Tuhan xcptakan bdan kte capable utk mlwan. Ini sumenye bukti yg Maha Pencipta 2 ade.

Berbalik kepada tajuk utama,adakah kuarantin tu 1 penyeksaan atau kebaikan? Pada pendapat saya,ade kebaikan,ade keburukannye,tp lbh byk kebaikan. Tak dinafikan atas tindakan bijak dan pantas pihak pengurusan utp ni telah dapat menyekat merebaknye virus ini kt dlam utp. Wlaupun ambil masa yang lme nk tutup,sampai trpksa tnggu 3 orang positif bru nk ttp,tp tndkan tegas pihak pengurusan mgkn telah menyelamatkan byk nyawa. Tp kalo blh,xprlulah smpai smnggu,kalo dh sihat 2 bg jelah blik.

Saturday, August 8, 2009

Mukaddimah

Salam,ini dikatakan kali pertama saya menulis sebuah blog. Dulu tak berapa suka sangat nk tlis blog,sbb rse mcm poyo. Kbnyakan orang bwat blog sbb nk tlis ksah hidup,sy ni sorg yg low-profile,so xske attention sgt. Tp mlhatkan trend blogging yg brkmbang,dn slpas mmbca blog kwan2 ngan artikel yg bez2,sy pun brcdng mnlis blog. Anyway enough 'bout me,blog ni brtjuan utk mengupas isu2 smsa mlalui my point of view dan hrap orang kmen ngan mtang supya sya dpat mlhat duniadr pndngan mta org len,blogging ni mrpakan cra yang trbaek untk mnlai adakah pmkran sya sudah cukup matang. Sy juga akan pamirkan artikel2 yg mnarik dr buku atau dokumentari yg sya prnah bce. Ade gak krya2 yg sya ingin paparkan dan brhrap dpat dkomen ngan struk2nye( brhrap dpt jd motion graphic artist). So,hrap sume enjoy blog ni