Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Kali ini saya nak ceritakan sedikit tentang pendapat dan persoalan yang sering bermain dalam fikiran saya, dan sejak kecil lagi secara jujurnya saya tertarik dengan mimpi. Bagi saya mimpi adalah perkara misteri yang paling dekat dengan kita,sebab kita mengalaminya sendiri, tapi tiada siapa tahu apa erti di sebalik mimpi dan kenapa kita bermimpi. Tidak perlulah kita cari jauh-jauh sehingga ke segi tiga bermuda untuk mengalami pengalaman misteri. Mimpi itu sendiri bagi saya adalah misteri. Sebelum saya ulas lebih lanjut tentang persoalan saya, eloklah kiranya saya ulas sedikit tentang mimpi ni dari definisi ilmiahnya.
Mengikut laman web Wikipedia dan Dreamgate, mimpi itu adalah penggambaran imej yang berterusan beserta dengan bunyi dan emosi yang melalui minda ketika tidur. Kalau dari segi yang kita biasa dengar, mimpi itu adalah mainan tidur. Tujuan mimpi? Saintis masih lagi tercari-cari. Lihatlah betapa agungnya kuasa Tuhan, manusia sebagaimana hebatnya dapat mendarat di bulan, tapi realiti mimpi yang begitu dekat masih belum dapat dicekupnya. Saintis ada beberapa teori kenapa kita bermimpi, tapi semua ni setakat teori sahaja, belum ada bukti yang kukuh lagi
1) Untuk mengembalikan keadaan untuk minda dan badan kita ke arah yang sihat.
2)Untuk membantu dengan pembelajaran dan memori.
3)Untuk memastikan otak berada pada tahap kesedaran tertentu sewaktu tidur.
4)Untuk membolehkan otak mengawal gangguan waktu malam tanpa perlu bangun.
5)Untuk menyelesaikan konflik yang berlegar sebelum tidur.
dan banyak lagi. Walaupun tidak dapat mencari tujuan kita bermimpi saintis dapat mengaitkan mimpi dan pergerakan badan kita, dengan erti kata lain saintis boleh tahu bila kita bermimpi. Mimpi begitu banyak dikaitkan dengan REM akronim untuk rapid eye movement ataupun pergerakan pantas bola mata( aku pun tak taw istilah melayu apa yang sesuai). Saintis membuat kesimpulan ketika kita bermimpi, pergerakan bola mata kita akan menjadi laju dan ia menjadi satu indikasi yang seseorang itu sedang bermimpi.
Terlalu banyak persoalan yang bermain apabila bercerita tentang mimpi. Antaranya apa tujuan kita bermimpi, adakah mimpi kita mampu meramalkan masa depan, kenapa kita bermimpi kadang-kadang elok kadang-kadang buruk, kenapa mimpi kita kadang-kadang disertai dengan perbuatan fizikal seperti mengigau dan banyak lagi. Ketika kecil saya selalu terasa seperti dihempap, kalau yang orang kita selalu cakap,dihempap jin. Saya berada dalam keadaan sedar tapi tidak boleh menggerakkan badan saya, dan apabila saya ajukan perkara ini kepada arwah ayah saya, dia hanya bercakap, jangan makan kemudian terus tidur. Untuk pengetahuan pembaca arwah ayah saya seorang yang agak skeptic bila bab-bab alam ghaib ni walaupun dia pernah mengalami sendiri pengalaman ghaib depan mata dia. Berbalik kepada post, saya masih tidak tahu apa yang saya alami sehinggalah saya menonton drama bersiri House M.D, dan ketika itu keluar satu diagnostik tentang sindrom lumpuh yang berlaku kepada orang yang baru bangun tidur. Rupanya ia adalah penyakit yang telah diketahui sebab dan musababnya oleh sains.
Sebelum saya mengakhiri post ni, saya ingin meninggalkan satu persoalan kepada para pembaca tentang adakah mimpi boleh meramalkan masa depan. Mungkin anda biasa terdengar senario mimpi ini, saya pernah bermimpi sekali yang saya sedang bermain dengan rakan-rakan di sebuah rumah kosong, dan ketika itu kawan saya menasihati saya agar berhenti bermain, "Weh abu,stoplah, jap lagi mak ko panggil ni, dah nak subuh dah ni( pelik sedangkan dalam mimpi senarionya adalah waktu petang), dan seterusnya selepas itu mak saya terus kejutkan saya dari tidur untuk subuh dan saya sempat lagi bercakap dalam mimpi, adeh,kacaulah. Senario yang seterusnya mungkin pernah berlaku kepada anda, mungkin anda pernah bermimpi dikejar polis ataupun orang jahat, dan ketika itu dalam mimpi anda sedang memanjat sebuah bangunan dan kemudian jatuh, dan dalam anda hendak jatuh itu anda turut jatuh dari katil. Persoalannya sekarang, dalam mimpi pertama, bagaimana otak saya dapat tahu yang mak saya memang akan kejutkan saya? dan yang kedua pula bagaiman scene dalam mimpi itu dapat dikawal otak sehingga keadaan kita terjatuh sejajar dengan jatuhnya kita dari katil? Jadi saya tinggalkan para pembaca dengan persoalan di atas, adakah otak kita mampu merawal bila akan berlaku sesuatu dan diimplementasikan di dalam mimpi? Sekian sahaja dari saya kali ini, Wassalam.
Manfaat GKB Tiger Milk Mushroom dan GKB Z-Well
2 months ago
wohoho..
ReplyDeleteabu suka menulis
kadang2 dia menulis tentang cerita yg orang xpernah pikir...
pg td br je ckp ngn dia, bu, ko tau x aku mimpi pe smlm...
smlm cita lg..bu, aku mimpi ko bawak moto aku..
pstu sblum2 tu lg...
huhu~~
akhirnye roomate yg suka bercerita ni dimanfaatkan oleh abu untuk tulis cerita ttg mimpi...
abu..watla crita yg best2 sket...
ko kn bnyk pengalaman...
cerita yg membuka mata org...
huhu~~
abu,artikel yg menarik..
ReplyDeletetp kn,kdg2 mimpi yg kita alami jadi realiti
gambaran cerita yg kita mimpikan,btul2 berlaku di kemudian hari..
akhirnnya,kita sedari,mcm mimpi ak aritu je
pernahkan korang alami?ke ak yg psyco,hak3
selalu gak mimpi yang menjadi kenyataan.. cam yg ko tulis tu la.. kena kejut subuh la.. jatuh katil la..
ReplyDeletesatu lagi mimpi yang menjadi kenyataan; mimpi basah.. :P
mimpi basah boleh gak dikatakan mimpi menjadi kenyataan,sebab satu hari nanti memang kita semua kahwin,hahaha,aku pernah dengar cite orang yang baru kahwin ni,die pnye mlam prtma sbjk situasi die mcam ktika die mmpi bsah dulu,hahaha
ReplyDeletehahaha..abu2..mimpi basah gak ko cte..hahah..aku pernah gak mimpi sumting,ada berada di satu tmpat..pastu tak lama or beberapa thun,aku p satu tmpt ni,aku rasa cm aku pernah sampai ke situ..upenye,pernah bermimpi pasl tu..kdudukan barang ,orang,mende2 lain,sume serupa ngan mimpi aku..huhuh
ReplyDelete