Thursday, April 29, 2010

Urban Legend Malaysia Siri 1: Misteri Lebuhraya Karak

Salam, agaknya dah banyak kali sangat blog saya ni dipenuhi dengan benda-benda after effects, mana taknya selama 3,4 bulan asyik dok menghadap komputer menyiapkan montaj, Tapi kali ini saya nak post sesuatu yang lain sedikit. Kalau sesiapa yang mengikuti blog saya mungkin ada ingat sebelum ini saya bercerita tentang alam ghaib, di mana ada part-part yang menarik dalam tu. Kali ni saya juga akan bercerita tentang alam ghaib tapi lebih berfokus kepada urban legend di Malaysia sendiri. Kepada yang tak tahu, urban legend ni adalah cerita dongeng moden yang diceritakan dari mulut ke mulut. Yang seronoknya tentang urban legend ni adalah ada di antaranya mempunyai kebenaran sendiri. Jadi dalam siri urban legend kita akan menelusuri urban legend tersebut dan akan mengkaji di mana kebenaran dan kepalsuannya dan di akhir sekali terpulang kepada pembaca untuk menilai sendiri kesahihan urban legend tersebut.

Jadi untuk episod kali ini, saya akan menceritakan tentang Misteri Lebuhraya Karak.

Latarbelakang Lebuhraya Karak

Mungkin ada yang penah dengar, katanya Lebuhraya Karak berhantu, keraslah, banyak kemalanganlah. Sudah tentu cerita-cerita begini tidak timbul begitu sahaja, I mean, kenapa Lebuhraya Karak? Dalam banyak-banyak lebuhraya kat Malaysia ni, kenapa Lebuhraya Karak yang berhantu?

1)Antara sebabnya adalah keadaan jalan di Lebuhraya Karak itu sendiri, keadaan jalannya yang berkabus menimbulkan suasana seram terutama di waktu malam.
















2)Kedua, adalah kerana banyak berlaku kemalangan di sana, tak kisahlah kerana kabus ataupun kerana tanah runtuh. Dan keadaan jalan itu sendiri menyumbang kepada penigkatan kes kemalangan di sana. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.


Kisahnye........
Pada suatu malam sepasang suami isteri membawa kereta di suatu lebuh raya. Suatu ketika, kereta itu rosak. Dengan lampu yang masih menyala, kereta itu diletakkan di bahu jalan. Si suami pergi ke hutan berhampiran, ke sungai mencari air. Sebelum pergi dia berpesan kpd isterinya supaya tidak keluar dr kereta walau apa pun yang terjadi dan tunggu sehingga dia pulang. Habis berpesan si suami terus membuka pintu kereta dan terus keluar tanpa sedikit pun berhati-hati..

Lama sungguh! Si isteri terus sabar menanti. Tuk! Tuk! Tuk! Seperti ada sesuatu mengetuk-ngetuk di atas bumbung kereta. Kemudian, datang seorang penunggang motosikal, memandu perlahan, mendongak ke atas bumbung kereta. Kemudian dia terus memecut laju motosikalnya.

Bunyi ketuk mengetuk makin kuat di atas bumbung kereta. Apa yang sudah berlaku? Kenapa… penunggang motosikal itu melarikan diri?

Malam terus membangkitkan kesunyiannya. Tanpa bunyi cengkerik. Cukup sunyi. Sesekali terdengar bunyi ketukan di atas bumbung kereta. Si isteri tetap tabah menanti kepulangan suaminya…

Ya… si suami sudah lama pulang, tetapi tanpa badan. Kepalanya… berada di atas bumbung kereta itu...

Apa sebenarnya yang terjadi?? si isteri pengsan dan hanya sedar keesokan pagi apabila dijumpai oleh peronda lebuhraya.


Fakta dan Mitos
Mungkin anda pernah mendengar cerita ini diceritakan oleh rakan-rakan anda ataupun abang-abang senior time dok kat asrama dulu, dan ada banyak variasinye cerita ni, tapi dari mana datang sumbernye? Adakah kisah di atas adalah benar, ataupun imaginasi orang sahaja. Sebenarnya, kemungkinan sekali cerita ini datang dari Amerika Syarikat seawal tahun 1964 dari salah seorang pelajar di University of Kansas, dan tak dapat dibuktikan sama ada apa yang dicetikannya itu adalah benar atau tidak. Cerita ini mungkin timbul dari kes sebenar, dan berubah mengikut imaginasi pencerita dan semakin lama menjadi semakin menakutkan. Memang ada kes yang direkodkan tentang kematian di lebuhraya seperti di atas, tapi tak adalah teruk seperti di atas. Cerita ini pernah keluar dalam MASTIKA kalau saya tak silap, dan mereka ingin menemubual peronda lebuh raya yang menjumpai mayat tersebut, tapi peronda lebuh raya tersebut enggan mengeluarkan sebarang kenyataan. Jadi kemungkinan kisah di atas ada kebenarannya keran peronda lebuh raya tersebut memang wujud. Jadi apa pandangan anda sebagai pembaca? Mitos atau fakta?


Sumber:
http://www.snopes.com/horrors/madmen/boyfriend.asp
http://www.spookycorner.com/28/malaysia-urban-legends-haunted-karak-highway/
http://en.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpur_%E2%80%93_Karak_Expressway

p/s: Menulis cerita ini di waktu malam-malam begini memang agak 'sesuai' lah. Aku menyesal, xnak tulis malam-malam lagi, xleh tidorlah malam ni.....

7 comments:

  1. entahla.. payah juga nak komen pasal isu ni..

    lebuh raya kat Malaysia ni banyak dibina melalui kawasan yang agak seram. melalui bukit lah, hutan lah... macam2...

    ReplyDelete
  2. haha
    abis la ko mlm nih
    jgn tido selubung tau
    :D

    ReplyDelete
  3. hoho... citer yg di tunggu2,,, hehe..

    serams.. dah macam citer movie dah ni.. huhu

    pengalaman ko lak camne??

    ReplyDelete
  4. aku? ade, tapi nnti2lah, pengalaman aku x menarik sangat,sbnarnye aku nk buat lagi pnjang lebar, tapi sebab buat mlam2 kan,makin lame aku buat makin meremang, 2 yang pendek jek 2,hahaha

    p/s: Hisyam boss marah2 aku tadi.....

    ReplyDelete
  5. seram juga .macam cerita vokysvagen pemandu tanpa kepala.

    ReplyDelete
  6. accually kisah kt atas ni btl terjadi.. ianya terjd pd PAKCIK MEMBER AKU sendiri. yg br jek seminggu kawin. n skarang aku pun dh lost contact ngan member aku tu.. shian kan..

    ReplyDelete