Dari Wikipedia:
Numbers stations (or number stations) are shortwave radio stations of uncertain origin. They generally broadcast artificially generated voices reading streams of numbers, words, letters (sometimes using a spelling alphabet), tunes or Morse code. They are in a wide variety of languages and the voices are usually female, though sometimes male or children's voices are used.
Numbers Station ni kire mcam stesyen radio yang misterilah,orang xtaw asalnye dari mane,ape tujuan orang pancarkan,dan ape maksudnye ape yang dipancarkan. Sebabnye mostly numbers station ni pancarkan nombor2 seolah2 dalam bentuk kod. Ade orang claim yang numbers station ni dah ade sejak perang dunia pertama lagi,jadi ni menunjukkan ianya antara pancaran signal radio yang terawal sekali di dunia. Kat bawah ni aku selitkan pancaran numbers station yang popular....
(p/s:Download je dari website ni ade banyak contoh)
Ade banyak teori yang dikemukakan untuk numbers station ni, antara yang popular:
1) Kegunaan spy dan perisik rahsia dalam operasi mereka
Disebabkan ianya disampaikan dalam bentuk rahsia dan tak ada sebarang pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam menyebarkan siaran ini,sesetengah orang berpendapat ia sebenarnye bertujuan untuk menyampaikan mesej rahsia kepada perisik-perisik yang bertugas di luar negara dalam proses mengintip negara sasaran mereka. Ini dikuatkan lagi dengan kes mahkamah yang berlaku di Amerika pada 1998 sejurus selepas penangkapan spy Cuba. FBI mahu membentangkan bukti dimana spy Cuba tersebut ketika ditahan sedang mencatat nombor-nombor yang didengari mereka yang dipancarkan oleh stesyen di Atencion. Disebabkan bukti tersebut tidak diterima mahkamah,jadi teori ni x dapat dibuktikan lagi
2)Kegunaan pengedar dan penyeludup dadah internasional
Ade pihak mendakwa disebabkan tak ade sebarang negara mahupun mane2 government mengaku memancarkan numbers station,tuduhan dialihkan pula kepada penyeludup dadah. Ini bukan yang kecik2 tu,yang besar-besar ni yang jadi drug lord kat mexico 2. Tapi diorang pun xkan nak mengaku jadi benda ni xdapat dibuktikan lagi...
3)Makhluk asing dan benda ape ngarut lagilah....
Hehe,ni teori paling menarik sekali. Disebabkan benda ni boleh didengar sejak perang dunia pertama lagi,jadi ade orang mengatakan ketika Marconi membuka radio pertama di dunia yang diciptanya die mendengar siaran numbers station ni. Jadi ade yang berkata yang ia dipancarkan oleh makhluk asing,ade yang kate dipancarkan oleh orang sebelum kita ataupun dari dimensi berlainan. Tapi disebabkan xde bukti yang kukuh jadi teori ini ditolak....
The Conet Project
The conet project adelah koleksi rakaman numbers station ni dikumpulkan dalam satu koleksi. Ianya dikumpul oleh penyiasat bebas iaitu Akin Fernandez. Korang boleh pergi website kat atas 2 untuk download semua rakaman-rakaman numbers station 2.
Jadi aku tinggalkan korang dengan pandangan masing-masing. Terpulang pada korang nak percaya teori mane satu,tapi bagi aku aku suka teori no 3 walaupun ia paling mengarut sekali.
Sumber
No comments:
Post a Comment