Friday, December 3, 2010

Urban Legend Siri 2:Numbers Station

Salam,yeah,dah lame agaknye tak cerita sal hal-hal misteri ni, jadi ingat nak sambunglah siri urban legend ni,anda semua pernah dengar tak pasal numbers station? Kali pertama saya dengar benda ni mase tgk fringe(yeah...!) mula-mula ingatkan benda ciptaan je,pastu saya pun abaikan ajelah,tetiba jek jumpa benda ni balik mase main call of duty:black ops(xde kerja lain, main game je...) dan curiosity aku bertambah-tambah. Wait...apekebendanye numbers station ni?

Dari Wikipedia:
Numbers stations (or number stations) are shortwave radio stations of uncertain origin. They generally broadcast artificially generated voices reading streams of numbers, words, letters (sometimes using a spelling alphabet), tunes or Morse code. They are in a wide variety of languages and the voices are usually female, though sometimes male or children's voices are used.

Numbers Station ni kire mcam stesyen radio yang misterilah,orang xtaw asalnye dari mane,ape tujuan orang pancarkan,dan ape maksudnye ape yang dipancarkan. Sebabnye mostly numbers station ni pancarkan nombor2 seolah2 dalam bentuk kod. Ade orang claim yang numbers station ni dah ade sejak perang dunia pertama lagi,jadi ni menunjukkan ianya antara pancaran signal radio yang terawal sekali di dunia. Kat bawah ni aku selitkan pancaran numbers station yang popular....
(p/s:Download je dari website ni ade banyak contoh)


Teori
Ade banyak teori yang dikemukakan untuk numbers station ni, antara yang popular:
1) Kegunaan spy dan perisik rahsia dalam operasi mereka
Disebabkan ianya disampaikan dalam bentuk rahsia dan tak ada sebarang pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam menyebarkan siaran ini,sesetengah orang berpendapat ia sebenarnye bertujuan untuk menyampaikan mesej rahsia kepada perisik-perisik yang bertugas di luar negara dalam proses mengintip negara sasaran mereka. Ini dikuatkan lagi dengan kes mahkamah yang berlaku di Amerika pada 1998 sejurus selepas penangkapan spy Cuba. FBI mahu membentangkan bukti dimana spy Cuba tersebut ketika ditahan sedang mencatat nombor-nombor yang didengari mereka yang dipancarkan oleh stesyen di Atencion. Disebabkan bukti tersebut tidak diterima mahkamah,jadi teori ni x dapat dibuktikan lagi

2)Kegunaan pengedar dan penyeludup dadah internasional
Ade pihak mendakwa disebabkan tak ade sebarang negara mahupun mane2 government mengaku memancarkan numbers station,tuduhan dialihkan pula kepada penyeludup dadah. Ini bukan yang kecik2 tu,yang besar-besar ni yang jadi drug lord kat mexico 2. Tapi diorang pun xkan nak mengaku jadi benda ni xdapat dibuktikan lagi...

3)Makhluk asing dan benda ape ngarut lagilah....
Hehe,ni teori paling menarik sekali. Disebabkan benda ni boleh didengar sejak perang dunia pertama lagi,jadi ade orang mengatakan ketika Marconi membuka radio pertama di dunia yang diciptanya die mendengar siaran numbers station ni. Jadi ade yang berkata yang ia dipancarkan oleh makhluk asing,ade yang kate dipancarkan oleh orang sebelum kita ataupun dari dimensi berlainan. Tapi disebabkan xde bukti yang kukuh jadi teori ini ditolak....

The Conet Project
The conet project adelah koleksi rakaman numbers station ni dikumpulkan dalam satu koleksi. Ianya dikumpul oleh penyiasat bebas iaitu Akin Fernandez. Korang boleh pergi website kat atas 2 untuk download semua rakaman-rakaman numbers station 2.



Jadi aku tinggalkan korang dengan pandangan masing-masing. Terpulang pada korang nak percaya teori mane satu,tapi bagi aku aku suka teori no 3 walaupun ia paling mengarut sekali.

Sumber

Monday, November 22, 2010

Tentang Racist

Salam,mungkin semua agak pelik aku post benda macam ni kan? Hmm...bukan ape, lepas korang amik Malaysian Studies dengan Raja Ahmad,korang pasti akan develop intelligence sikit ah untuk bercerita isu-isu semasa ni.Macam-macam perkara berlaku sekarang yang menyebabkan aku nak citer sal isu ni. Isu namewee dengan siti inshah,isu kenyataan orang U**O yang rascist,isu menara warisan yang kebanyakannya ditentang orang cina dan macam-macam lagi. Kemudian berlaku satu peristiwa yang menarik yang membuatkan aku nak citer pasal ni....

Mase cuti sem lepas,aku ikut seorang ni pergi pasar borong ataupun orang lain panggil pasar pagi ataupun yang seada dengannyalah. Mase 2 time nak dekat-dekat raya puasa jadi ramailah orang yang pegi pasar time 2,member aku ni jenis yang mementingkan bangsanya sendiri. Kalo pergi kedai ke apa ke,die akan target kedai melayu dulu,kedai cina sorilah die x berminat nak pergi,so die ni bersifat kenegaraan(aku main belasah je istilah ni) yang agak tinggi. Anyway,member aku ni pun jenis setia kat satu kedai, jadi kalo pergi nak beli barang ape-ape jek,die akan target kedai tu je....nak dijadikan cerita on d way die nak pergi satu kedai ni nak beli barang dapur die terblock oleh barang-barang yang banyak yang dibeli oleh sorang mamat ni dari kedai cina. Disebabkan mamat ni beli banyak sangat dari kedai cina 2,member aku jadi angin. Member aku pun bisinglah disebabkan mamat yang beli 2 orang melayu....aku masih x leh lupa apa yang die ckap hari 2......"Ape ni orang melayu x beli kat orang melayu beli kat cina je? Apa xnak bantu bangsa sendiri ke ape? Kedai melayu berlambak lagi kedai cina ko kejar buat ape? Ape cina 2 boleh tolong ko dlam kubur? Bantu bangsa sendiri orang seagama sendiri dapat pahala,ape x belajar ke mase kat sekolah dulu?.....pergh badan aku mula berpeluh masa tu,mane taknye mak aku ckap kuat2 sampai orang keliling sume pandang,mane yang dengar kebanyakannya tersenyum je.....actually aku taw dah member aku ni memang macam 2,tapi aku x percaya yang die 2 brani smpai mcm 2. Mamat 2 dengar je mcam 2 trus amik brang2 die dan blah.

Persoalannya sekarang,racsist ke statement member aku 2? Apa yang menjadikan satu statement 2 racsist? Masalahnye bergantung kepada yang mendengar dan bagi aku berdasarkan dictionary dan wikipedia, kenyataan 2 akan racis kalo ianya bersifat:

1) Mengelaskan perbezaan antara bangsa seperti perbezaan warna,status sosial dan macam-macam lagi.
2)Mengeluarkan kenyataan yang menjadikan bangsa yang ditujukan itu inferior dan bangsa yang bercakap superior.

Sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/Racism dan http://www.ornl.gov/sci/techresources/Human_Genome/elsi/minorities.shtml

Jadi aku serahkan kepada korang sama ada kenyataan di atas racis atau tidak same jugak seperti kenyataan Siti Inshah ataupun dari orang U**O dalam youtube 2. Semuanya bergantung pada penilaian korang sendiri.

p/s:Sebenarnya kenyataan yang member aku cakap kat atas aku nak tujukan kepada orang-orang kita yang suka membeli kat kedai cina. Bukan salah membeli kat situ, cuma sokong dan majukanlah bangsa kita sendiri,...

Kenangan zaman kanak-kanak:Main Game Part 2

Salam...malam ni aku on-rampage,aku dah rajin sangat baca blog,blog aidid-muaddib,blog obe yang agak taw tawlah ape nak cakap,blog miss morbids yang bez, blog hanis zalikha awek aku(eceh!) dan banyak lagilah.....hahaha,amiklah kesempatan sebelum cuti ni,sbb bile dah cuti nanti kang,payah aku nak dpat internet. Papepun blog-blog diorang ni bagi aku inspirasi nak menulis,dan sebab aku ade break dari exam untuk seminggu,aku rasa mcam nak blas dendam pulak dengan letak smpai 4 posts malam ni,hahahah. Kali ni aku nak sambung citer pasal main game....heheh.

Kalo sebelum ni aku citer pasal time aku kanak-kanak,ni nak citerlah sampai meningkat dewasa. Masa tu aku tak main warcraft 2 je,selalu jugak sedara aku dtang bwak game2 baru nak install,time 2 1997-1999,snang nak install game baru, xyah nak crack2 jadah ni sume, antara game-game yang aku syok main time 2.....

Duke Nukem 3D

Game ni game FPS(First Person Shooter) atau dalam bahasa saintifiknya game tembak2. Game ni kuar mase game tembak2 baru2 nak popular selepas kuarnye doom dan quake. Gameplay die mcam game tembak biase,jalan-jalan,tembak orang,carik barang sampailah kat checkpoint dan pergi level seterusnya. Game ni sebenarbye agak mature(bukan agak,terlepih agaknya) sebab menampakkan unsur-unsur lucah dan ganas,tapi mase 2 aku kanak-kanak innocent,jadi xfham lagi ape benda yang die tunjuk(ada scene di mana korang akan jumpa stripper dan kalo korang tekan spacebar masa tu,korang akan keluarkan duit dan stripper 2 akan menayangkan apa yang boleh..siape ntah ajar aku pakai spacebar 2). Overallnye game ni susah tapi bez dengan banyak level,mission dan secret2 item dan hideout yang boleh carik. Kalo korang nakt try main game ni downloadlah kat link ni http://takegame.com/action/htm/dukenukem3d.htm.


Starcraft


Yeay.....ni game favourite aku ni. Starcraft merupakan game RTS ataupun game perang yang dikeluarkan oleh Blizzar company same yang kuarkan warcraft 2. Game ni merevolusi semua game2 RTS selepasnya. Before ni,game2 RTS sume mostly menampilkan race atau bangsa2 yang wlaupun berlainan tapi mempunyai characteristics yang same,tapi starcraft lah yang pertama kuarkan game RTS yang mempunyai 3 race yang bukan sahaja berlainan tapi xde persamaan lansung antara satu sama lain,jadi die agak mencabar untuk jadi pro. Game ni bukan sahaja kuarkan map Aeon of Strife(yang jadi perintis dota) tapi jadi lifestyle,

1) Menaip keyboard dengan sangat pantas

Ho,aku leh taip stakat dlam 40 perkataan pun aku dah
semput,kira hebat sape main starcraft ni.













2)Boleh dijadikan kerjaya

Siapa yang main starcraft bukan stakat jadi kaya,jadi macam artis kat sane dengan ramai peminat.














200,000 ribu dollar setahun? Ko kerja engineer macam nak mati pun xkan dpat banyak macam 2



















3)Digunakan untuk military training dan belajar kat universiti




















Aku rase lepas ni nak pindah Universiti Berkely sebab leh main game tanpa nak risau2 coursework sume,dgar cite assignment die kna main starcraft pas2 submit replay,argh....asal lecturer aku x sporting camni?




4) Starcraft dah "menguasai" angkasa





























Sumber:onlineschools

Jadi korang rase aku perlu ke lagi cakap bpe rating aku nak bagi? Kalo boleh 6 bintang aku bagi 6 bintang,game ni superb n legendary....anyway saje nak citer skit, mostly family aku n masyarakat sekitar selalu ckap,eee....cam budak2 main game....tapi seriously? kalo dah smpai tentera pun main...untuk budak2 jeke? Masyarakat kita ni agak ketinggalan n sepertimana yang obe selalu sebut,double standard/

Jadi itu sahajalah untuk kali ni,aku rase kalo aku taip banyak2 pun payah gak korang nak bace,jadi aku tinggalkan di sini dan sambung kemudian,adios!

Tuesday, October 5, 2010

3D,Oilrig,dan Fyp aku.....

Salam,dan Selamat Hari Raya,Selamat Merdeka dan macam-macam lagi. Dah lame agaknya tak menulis dan update blog ni,nasib baik tak bersawang lagi blog ni,bukan xnak menulis tapi terlalu sibuk dengan fyp dan study. Kerja-kerja bagai nak mati menyiapkannya,ni pun Alhamdulillah dah free sedikit.

Kali ni nak kongsi sikit sal video kat bawah ni, ni adalah salah satu scene untuk projek saya yang akan datang,diorang mintak hasilkan video untuk model pelantar minyak yang diorang hasilkan,aku pun try2lah buat benda ni secara 3d animation walaupun diorang x mintak dalam 3d animation, Kenapa? Saya akan jelaskan kemudian,terlebih dahulu, sila lihat video ini:





Video kat atas ni boleh dikira sebagai teruklah,xde realistic,blending antara footage takde, dan agak kaku animation die,dihasilkan ngan menggunakan 3ds max untuk model laut dan oilrig,yang tambahan macam lighting dan particles tu sume dibuat menggunakan after effects,colour correction dan additional lighting sangat penting dalam scene ni untuk menanmbahkan realistic satu2 scene tersebut,untuk effect macam bubble yang xbpe jadi 2 plak dihasilkan guna plugin CC Mr.Mercury yang mungkin saya akan buat tutorial kemudian nnti.

Kenapa saya beria2 nak buat ni secara 3d? Sebab Fyp lah saya terpaksa, untuk pengetahuan semua tajuk fyp saya adalah modelling of nanoparticles in cosmopolitan city,dan yang cosmopiltan city tu yang sakit tu, saya terpaksa create model bandar cosmopolitan in 3d!! Haish,ingatkan masa amik tajuk tu model dah siap cuma nak buat modelling je,rupanya kena start dari scratch. Itulah sebabnya saya try familiarizekan diri dengan 3ds max,pentingnya 3ds max sebab die ada agreement dgan autocad, jadi dari segi engineering,3ds max agak penting dan ini kali pertama saya dapat relate subjek yang saya amik dengan interest saya, Alhamdulillah...

Thursday, August 5, 2010

Kenangan zaman kanak-kanak:Main Game Part 1

Salam....heheh....dah lame agaknye tak menaip dalam blog ni, tapi apakan daya, time cuti kat rumah xde internet, jadi xdelah dapat menulis dalam blog,apa-apapun kali ini nak berkongsi sesuatu yang menarik. Semua orang pernah main computer games kan? Sejak dari kecik saya dah mengenali computer games, itulah untungnye ada abang bukak kedai komputer, jadi dapat komputer percuma. Masa itu saya darjah dua, dan boleh dikatakan komputer pada tahun 1997 di Malaysia adalah satu priviledge dan saya sangat berbangga memiliki komputer masa itu. Masa itu masih pakai lagi Windows 95' dan xde grafik kad, monitor sebesar-besarnye dan internet pun xde masa itu. Dan ingat lagi setiap kali nak main komputer kena mintak kebenaran dan boleh main sejam je...hahahah. Berikut adalah antara game klasik yang saya pernah main sejak kecik.

Raptor:Call of the Shadows
Masa first time dapat komputer, betapa gembiranya hati, masa tu abang tiri saya ajarlah sikit-sikit cane nak pakai komputer, dan sempat pulak time tu tanya:ada game x? Dan masa tulah abang tiri saya tunjukkan game ni,raptor.


Nostalgik betul screen-title ni,hahah

Raptor: Call of the Shadows merupakan sebuah 2d raster graphics shoot-em-up single player game for x86 ditulis untuk MS-DOS. Kalo sape-sape tak tau MS-DOS tu ape cariklah sendiri,aku pun tak tau. Yang aku tau game ni sangat bes, kalo korang nak taw rasanya, try main game kapal terbang dalam hp,lebih kurang camtulah.


Familiar x?
Need For Speed
Ha, yang ni abang aku x bagitau tapi aku pandai-pandai godek sndri, heheh. Pada sesiapa yang pernah main MOST WANTED ke SHIFT ke, kita bermulalah dari asalnya dahulu, dari klasik. Perintis kepada siri Need For Speed ,game ni dikeluarkan tahun 1994 dan merupakan, xyahlah aku cakap, korang pun dah taw game apa kan. Dan masa main game ni aku perlukan pakai cd,Aku ingat lagi inilah cover cd aku...


Dan game ni menampilkan 7 track dan 9 biji kereta dan jika nak dibandingkan dengan siri sekarang(macam langit dengan bumi). Dan kereta favourite aku masa tu Lamborghini Diablo, sebabnya dibanding dengan Ferrari, bunyiknye lagi sedap. Grafik die? Game need for speed nilah yang mula-mula menampilkan adengan kena kejar polis, masuk need for speed 2 dah xde dah scene kena tangkap polis sampailah need for speed underground ke most wanted,x ingatlah...


Masya-Allah,aku pun xtaw kenape aku leh tertarik ngan game ni


Warcraft II:Tides of Darkness dan Warcraft II:Beyond The Dark Portal
Hehe, kalo sesape pernah main DoTA, tawlah ape tu warcraft kan? Tapi ade gak yang pernah main dota tapi tak taw ape 2 warcraft. Dikeluarkan pada tahun 1995 untuk MS-DOS dan expansion die dikeluarkan setahun kemudian. Hanya ade 2 playable race mase tu, Orc dan Human, dan takde Undead mahupun Nightelf. Warcraft merupakan game RTS ataupun real-time-strategy dan boleh dikatakan antara yang terbaik. Gameplay die? Macam warcraft 3, tapi sangat-sangat berbeza dari segi grafik dan unit. Jujurnya, saya lebih suka warcraft 2, sebab masa warcraft 2 ade unit air, baru kata perang zaman dulu kala, ade unit air,,darat, tapi bila kuar warcraft 3,agak mengecewakanlah bila tengok xde unit air..



Hehe, itu aje untuk kali ni,ade banyak lagi sebenarnya,tapi lain kali sajalah,kalo sape2 pernah main game2 yang bes time kecik2 dulu,silalah kongsi kat sini

Friday, May 14, 2010

Menghasilkan Awan Digital Menggunakan After Effects dan Trapcode Particular

Anda nak jadi Superman? Haha, Salam kepada semua, hari ni nak menyampaikan sebuah tutorial yang agak best, iaitu menghasilkan awan secara digital,bukan awan yang statik, awan yang bergerak ye. Kita akan explore penggunaan 3rd party plugin yang popular iaitu Trapcode Particular untuk menghasilkan awan yang agak realistik di dalam After Effects sendiri.

Semalam baru sahaja selesai Dinner Night Cheme Jan 07, ia sebuah malam yang best dan menyeronokkan. Pada malam tersebut saya diberi tugas untuk menghasilkan montaj. Tapi diesebabkan oleh event Kembara Sufi saya hampir-hampir ketandusan idea untuk menghasilkan montaj. Jadi saya pun mengambil inisiatif bertanya dengan kawan-kawan untuk idea. Terima kasih kepada asyraf bin maskan kerana memberi saya idea yang bernas tentang burung. Ideanya adalah bergerak menembusi awan pastu kat awan tu ada gambar-gambar pelajar cheme jan 07. Jadi saya pun godek-godeklah after effects mencari cara untuk mengasilkan awan.

Jadi pada tutorial kali ini, saya sertakan juga fail project after effectsnya beserta footage-footage yang anda perlukan untuk mengasilkan awan tersebut. Bersama fail tersebut saya juga sertakan plugin trapcode particular untuk anda secara percuma. Jadi, sebelum kita mulakan, mari kita lihat dulu apa yang akan kita hasilkan.












Part 1:Setup Scene Anda

1)Jadi pertama sekali buka After Effects anda dan create sebuah composition baru seperti di bawah:


















2)Kemudian kita akan buat dua layer baru melalui Layer>>New>>Solid. Propertiesnya seperti di bawah:








































(Pastikan anda memilih warna biru langit dan jadikan ia sebagai latar belakang untuk awan kita)

3)Seterusnya kita akan import file smoke_cloud ke dalam project folder kita. Pilih File>>Import>>File atau tekan sahaja Ctrl+I pada keyboard anda. Import file smoke_cloud.png yang disertakan bersama fail yang saya beri di akhir tutorial ini. Selepas diimport, drag sahaja file anda ke atas timeline panel. Dan sekarang kita mempunyai 3 layer sekali pada timeline panel kita.


4) Baiklah sebelum kita setting effects kita dahulu, kita perlu turn off visibility layer smoke_cloud kita supaya ia tidakmengganggu kerja kita selepas ini. Sila tekan pada butang mata di layer smoke_cloud.png


5)Ok, sekarang kita akan letak effect kita,( pastikan layer black solid telah dihighlight terlebih dahulu). Pergi pada Effect>>Trapcode>>Particular. Jangan risau kepada sesiapa yang tidak mempunyai plugin ni. Di akhir tutorial ini saya akan sertakan sekali fail trapcode particular untuk anda. Atau anda boleh search sendiri di 4shared.com.





















Ok, sekarang semua dah selesai, selepas ini kita akan explore Trapcode Particular.

Part 2:Trapcode Particular
Kepada sesiapa yang tak tahu, Trapcode Particular merupakan sebuah 3rd party plugin yang tidak disertakan semasa anda menginstall After Effects di dalam komputer anda. Plugin ini dibuat khas untuk menghasilkan 3d particle di dalam After Effects. Walaupun di dalam After Effects sendiri kita mempunyai plugin untuk menghasilkan particle, tapi ia mempunyai banyak limitasi dan agak sukar untuk menghasilkan awan. Trapcode Particular mengatasi limitasi ini dan membawakan lagi lebih banyak fetaure-feature yang menarik. Jadi mari kita lihat lebih lanjut di dalam Trapcode Particular.

1)Salah satu kelebihan trapcode particular adalah pada custom particle. Dengan custom particle anda boleh menghasilkan particle dengan bentuk yang anda kehendaki sendiri. Jadi untuk kali ini, kita akan jadikan smoke_cloud.png sebagai custom particle kita. Pergi pada drop down menu particle.




















Selepas itu click pada particle type dan pilih custom. Seperti di bawah
















Selpas itu akan ada menu yang appear iaitu Layer dan Time Sampling di bawah drop down menu Custom. Pada menu Layer,click di situ dan pilih layer smoke_cloud.png.


















Dan secara automatiknya, Trapcode Particular akan memproses smoke_cloud.png sebagai custom particle anda. seperti di bawah( p/s, anda perlu menggerakkan timeline indicator anda untuk melihat animation)
















2)Ok, mari kita lakukan sedikit perubahan,pergi pada effects panel dan tukar properties emitter dan particles anda.
A) Pergi pada drop down menu anda dan ubah propertiesnya:
Tukar emitter type anda dari point kepada box






















Position XY:430.0,331.0 (Ini bermakna anda menurunkan sedikit emitter particle anda pada Y-axis.)
Velocity:5
Velocity Random:4
Velocity from Motion:4
(Disebabkan awan bergerak perlahan, jadi particle anda juga perlu mempunyai velocity yang rendah)
Emitter Size X:925
Emitter Size Y:53
Emitter Size Z:3747
(Ini memastikan particle anda spread out secara sekata tanpa perlu meningkatkan velocity anda)


B)Untuk particle properties pula:
Life:5.0 sec(Meningkatkan jangka hayat particle anda)
Size:87.0


(Anda juga boleh meningkatkan size random particle anda untuk menjadikan awan anda lebih realistik)
Ok, inilah hasilnya


Ok,awan kita dah jadi, selepas ini kita akan main blending options pula.
3)Click pada Toggle/Switches mode ataupun tekan sahaja F4. Blending mode akan appear. Tukar blending mode layer Black Solid 1 anda daripada Normal kepada Screen.




































Part 3: Setup Animation dan Render!

1)Pertama sekali kita perlu tambah kamera kita. Pergi pada Layer>>New>>Camera.


Jadi inilah scene kita sekarang,jika anda lihat,kita telah menghasilkan awan yang realistik, dan secara atuomatiknya ia mempunyai animation, tapi kita mahukan pergerakan menembusi awan,untuk itu kita perlukan camera.


2)Jadi mari kita animatekan camera kita,pertama sekali pergi pada layer camera,buka drop down menunya dan buka drop down menu transform. Di situ akan terpapar option seperti postion,point of interest,orientation dan lain-lain. Click pada lambang stopwatch di tepi options Postion dan Point of Interest.












Selepas itu,mari kita animatekan position camera kita,seperti di sebelah

Bawa timeline indicator anda pada saat ke-10, tukar properties Point of Interest dan Position anda seperti berikut:
Point Of Interest:
432.0,243.0,2028.0
Position:
432.0,243.0,1349.8












Ok,animation kita dah siap. Tapi kita mempunyai masalah iaitu pada saat ke-0, tidak terdapat sebarang awan, ini kerana particle anda belum digenerate lagi pada saat ke-0, apa yang anda perlu buat hanyalah drag box berwarna merah pada layer Black Solid1 itu ke-kiri melepasi saat ke-0.











3)Seterusnya kita perlu render animation ini, unutk itu kita perlu setup work area kita terlebih dahulu. Untuk itu, click sahaja boundary kuning pada timeline panel dan drag ke saat ke-10 seperti di bawah.










4)Seterusnya,anda hanya perlu pergi pada Composition>>Add to Render Que. Assign file anda ke mana-mana folder yang patut, dan tekan render,siap!

Bagaimana? Mudah bukan? Anda hanya perlu memahami sedikit sahaja tentang properties Trapcode Particular. Jadi anda boleh mencuba tutorial ini, jika ada sebarang masalah, tinggalkan di ruang komen. Di bawah, saya sediakan fail project untuk anda download.

Download fail projek

Sunday, May 2, 2010

Semua Montaj Kembara Sufi

Salam, di sini saya uploadkan semua montaj kembara sufi




Montaj Utama Kembara Sufi





Montaj Informasi Kembara Sufi






Montaj Intervarsiti Kembara Sufi

Thursday, April 29, 2010

Urban Legend Malaysia Siri 1: Misteri Lebuhraya Karak

Salam, agaknya dah banyak kali sangat blog saya ni dipenuhi dengan benda-benda after effects, mana taknya selama 3,4 bulan asyik dok menghadap komputer menyiapkan montaj, Tapi kali ini saya nak post sesuatu yang lain sedikit. Kalau sesiapa yang mengikuti blog saya mungkin ada ingat sebelum ini saya bercerita tentang alam ghaib, di mana ada part-part yang menarik dalam tu. Kali ni saya juga akan bercerita tentang alam ghaib tapi lebih berfokus kepada urban legend di Malaysia sendiri. Kepada yang tak tahu, urban legend ni adalah cerita dongeng moden yang diceritakan dari mulut ke mulut. Yang seronoknya tentang urban legend ni adalah ada di antaranya mempunyai kebenaran sendiri. Jadi dalam siri urban legend kita akan menelusuri urban legend tersebut dan akan mengkaji di mana kebenaran dan kepalsuannya dan di akhir sekali terpulang kepada pembaca untuk menilai sendiri kesahihan urban legend tersebut.

Jadi untuk episod kali ini, saya akan menceritakan tentang Misteri Lebuhraya Karak.

Latarbelakang Lebuhraya Karak

Mungkin ada yang penah dengar, katanya Lebuhraya Karak berhantu, keraslah, banyak kemalanganlah. Sudah tentu cerita-cerita begini tidak timbul begitu sahaja, I mean, kenapa Lebuhraya Karak? Dalam banyak-banyak lebuhraya kat Malaysia ni, kenapa Lebuhraya Karak yang berhantu?

1)Antara sebabnya adalah keadaan jalan di Lebuhraya Karak itu sendiri, keadaan jalannya yang berkabus menimbulkan suasana seram terutama di waktu malam.
















2)Kedua, adalah kerana banyak berlaku kemalangan di sana, tak kisahlah kerana kabus ataupun kerana tanah runtuh. Dan keadaan jalan itu sendiri menyumbang kepada penigkatan kes kemalangan di sana. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.


Kisahnye........
Pada suatu malam sepasang suami isteri membawa kereta di suatu lebuh raya. Suatu ketika, kereta itu rosak. Dengan lampu yang masih menyala, kereta itu diletakkan di bahu jalan. Si suami pergi ke hutan berhampiran, ke sungai mencari air. Sebelum pergi dia berpesan kpd isterinya supaya tidak keluar dr kereta walau apa pun yang terjadi dan tunggu sehingga dia pulang. Habis berpesan si suami terus membuka pintu kereta dan terus keluar tanpa sedikit pun berhati-hati..

Lama sungguh! Si isteri terus sabar menanti. Tuk! Tuk! Tuk! Seperti ada sesuatu mengetuk-ngetuk di atas bumbung kereta. Kemudian, datang seorang penunggang motosikal, memandu perlahan, mendongak ke atas bumbung kereta. Kemudian dia terus memecut laju motosikalnya.

Bunyi ketuk mengetuk makin kuat di atas bumbung kereta. Apa yang sudah berlaku? Kenapa… penunggang motosikal itu melarikan diri?

Malam terus membangkitkan kesunyiannya. Tanpa bunyi cengkerik. Cukup sunyi. Sesekali terdengar bunyi ketukan di atas bumbung kereta. Si isteri tetap tabah menanti kepulangan suaminya…

Ya… si suami sudah lama pulang, tetapi tanpa badan. Kepalanya… berada di atas bumbung kereta itu...

Apa sebenarnya yang terjadi?? si isteri pengsan dan hanya sedar keesokan pagi apabila dijumpai oleh peronda lebuhraya.


Fakta dan Mitos
Mungkin anda pernah mendengar cerita ini diceritakan oleh rakan-rakan anda ataupun abang-abang senior time dok kat asrama dulu, dan ada banyak variasinye cerita ni, tapi dari mana datang sumbernye? Adakah kisah di atas adalah benar, ataupun imaginasi orang sahaja. Sebenarnya, kemungkinan sekali cerita ini datang dari Amerika Syarikat seawal tahun 1964 dari salah seorang pelajar di University of Kansas, dan tak dapat dibuktikan sama ada apa yang dicetikannya itu adalah benar atau tidak. Cerita ini mungkin timbul dari kes sebenar, dan berubah mengikut imaginasi pencerita dan semakin lama menjadi semakin menakutkan. Memang ada kes yang direkodkan tentang kematian di lebuhraya seperti di atas, tapi tak adalah teruk seperti di atas. Cerita ini pernah keluar dalam MASTIKA kalau saya tak silap, dan mereka ingin menemubual peronda lebuh raya yang menjumpai mayat tersebut, tapi peronda lebuh raya tersebut enggan mengeluarkan sebarang kenyataan. Jadi kemungkinan kisah di atas ada kebenarannya keran peronda lebuh raya tersebut memang wujud. Jadi apa pandangan anda sebagai pembaca? Mitos atau fakta?


Sumber:
http://www.snopes.com/horrors/madmen/boyfriend.asp
http://www.spookycorner.com/28/malaysia-urban-legends-haunted-karak-highway/
http://en.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpur_%E2%80%93_Karak_Expressway

p/s: Menulis cerita ini di waktu malam-malam begini memang agak 'sesuai' lah. Aku menyesal, xnak tulis malam-malam lagi, xleh tidorlah malam ni.....

Sunday, April 25, 2010

Ramp and Glow

(Perhatian!! Image di bawah adalah terlalu kecik jadi sila click ataupun right-click dan open link in a new tab untuk melihat imej di bawah dengan lebih jelas.)

Salam, semalam baru sahaja habis konsert kembara sufi VIII dengan jayanya, setelah penat seminggu bekerja menyaipkan montaj akhirnya dapat gak saya berehat. Tetapi pengalaman yang saya dapat semasa menjadi komiti event ini sangat banyak dan ia membantu saya untuk meluaskan lagi pengetahuan saya dalam bidang motion graphic ini.

Kali ini saya nak sambung tutorial saya yang saya tinggalkan beberapa minggu lepas iaitu tentang gradient dan ramp n glow. Seperti yang saya katakan hari itu, gradient dan ramp lebih kurang sama hasilnya cuma masing2 datang dengan limitasi masing-masing. Kalau pada masa lepas saya demonstrate bagaimana untuk menghasilkan effect gradient dalam photoshop kali ini saya akan tunjuk bagaimana untuk menghasilkan effect gradient dalam after effects menggunakan ramp dan glow. Sebelum kita bermula mari kita tengok apa yang kita akan hasilkan



Memandangkan kebanyakan orang tidak tahu sangat menggunakan after effects, tutorial kali ni akan lebih teliti dan panjang. Saya akan go through every step untuk menghasilkan imej seperti di atas. Jadi, mari kita MULAKAN!

Part 1:Setup Composition anda


1) Buka After Effects anda seperti di atas. Pergi mana menu Composition dan pilih New Composition.
2)Sebuah options window akan keluar seperti di bawah




















3) Pilih preset NTSC D1 Widescreen Square Pixels dan setup duration composition anda kepada 1 frame dengan menaip 0;00;00;01. Namakan compostion anda sebagai Ramp n Glow. Click OK.

Anda berjaya menghasilkan composition anda!


Part 2: Menghasilkan Background

Kali ini pula kita akan menghasilkan background dulu sebelum kita menghasilkan text kita.
1) Pada menu Layer pilih New kemudian Solid. Window Solid Settings akan keluar seperi di bawah.






















3) Tukar warnanya kepada hitam dan pastikan saiz solid anda sama seperti saiz compositon anda,jika tidak hanya tekan pada Make Comp Size dan solid anda akan mengikut saiz composition anda.

4) Buat lagi satu solid baru tapi kali ni warnanya adalah biru (#01A8FE) seperti di bawah.




























5) Interface anda sepatutnya kelihatan seperti ini;

Dengan dua layer dan solid biru berada di atas solid hitam.
6) Seterusnya kita akan menggunakan mask. Pada toolbar di atas click pada mask tool dan pilih Ellipse Tool





7) Setelah ellipse tool dipilih pastikan Layer Biru tersebut telah di highlight ataupun diselect terlebih dahulu kemudian double click pada ellipse tool. Dan secara automatiknya akan ada mask terhasil pada layer biru tersebut dan berbentuk ellipse dan saiznya sekata atau berkadaran dengan saiz compositon anda. Ini adalah cara mudah untuk menghasilkan mask yang tepat tanpa perlu drag mouse anda pada stage.



8) Kemudian pada layer biru tersebut akan ada Mask properties seperti di bawah yang bernama Mask 1. Pada Mask Feather anda tukarkan nilainya kepada 525.0 pixels.

Hasilnya adalah....


9) Saya tidak berapa suka dengan keadaan di atas sebab warna birunya terlalu cerah jadi saya rasa ada eloknya kita kurangkan opacity layer ini kepada 73%.

Dan akhirnya terhasillah background yang kita perlukan


Tujuan saya mengurangkan opacity layer ini adalah supaya background saya tidak akan mengganggu text saya untuk menyerlah nanti.


Part 3: Ramp dan Glow
Sekarang kita akan hasilkan text beserta ramp dan glow.

1) Tulis text anda dengan memilih text tool. Set font anda kepada Impact dan saiznya lebih kurang 78px.



2) Kemudian pada menu Effect pilih Generate pilih Ramp( Pastikan anda placekan effect anda pada layer text MAERCAESTRO).






































3) Dan kemudian kita pergi semula pada menu Effect pilih Stylize dan kemudian Pilih Glow. Pastikan juga effect glow ini diplacekan pada layer text MAERCAESTRO.




























Dan hasilnya adalah.....













Ok, sedikit penerangan. Jika kita lihat seperti di atas, Ramp menghasilkan kesan yang sama seperti gradient, cuma dengan beberapa kelebihan dan limitasi bebrbanding gradient di dalam photoshop. Kelebihannya pertama sekali ramp adalah mudah dikawal, jika kita lihat pada image di atas( sila right-click dan pilih open window in a new tab untuk melihat image di atas dalam resolusi yang lebih tinggi) akan ada dua penanda pada stage anda yang berwarna werah,berbentuk bulat dan ada palang di atasnya. Penanda ini menunjukkan start dan end color anda. Yang si atas adalah start color dan di bawah adalah end color. Sekarang ini keadaan color gradient anda adalah seimbang iaitu 50-50, jika anda ingin mengubah keadaan gradient anda hanya gerakkan sahaja penanda tersebut. Berbanding dengan photoshop, anda tidak perlu membuka blending options anda setiap kali dan menukar kedudukan warna anda setiap kali anda inign mengedit gradient tersebut. Namun begitu ramp ada sedikit kelemahan,warna yang ramp boleh tanggung adalah tidak melebihi dua warna berbanding dengan photoshop yang mempunyai kapasiti untuk menghasilkan lebih dari 2 warna. Namun begitu penggunaan effect glow pula boleh mengatasi kelemahan ini dan juga menjadikan gradient anda lebih cantik.

4) Merujuk kepada panel effects di atas , anda sekarang mempunyai dua effects iaitu effect Ramp dan juga Glow. Pada effect ramp anda tukar start colour anda kepada biru (#001EFF).


Dan hasilnya seperti di bawah


Sekarang kita mempunyai 3 warna itaitu biru gelap,biru muda dan puti, tapi warna putih tidak terlalu menyerlah jadi kita perlu ubah kedudukan end color kita. Hanya gerakkan sahaja penanda end color sehingga ia menunjukkan warna putih.



dan kita sekarang mempunyai 3-color gradient.
Seterusnya kita akan render composition kita ini kepada JPEG sequence.

5) Pergi pada menu Compostion dan pilih Add to Render Que


Panel ini akan keluar di bawah...


6) Click pada perkataan Lossless tersebut dan Output Module Settings akan keluar seperti di bawah..

Tukar format anda daripada Video for Windows kepada JPEG Sequence.



Kemudian click OK.

7) Kemudian sepertimana gambar di atas click pada perkataan kuning sebelah Output to dan assign file anda ke folder yang anda nak. Kemudian tekan Render.
Hasilnya...



Jika anda lihat betol2 pada image di atas glow bukan sahaja membantu menambahkan warna untuk ramp anda tapi ia juga menimbulkan glow anda dengan menambah sedikit shadow pada text anda. Sekian sahaj untuk kali ini, jadi jika anda ingin mencuba dan ada masalah sila tinggalkan di ruang komen. Sekian, Wassalam.