Friday, October 30, 2009

Alam Ghaib Final Part:Skeptics vs Tahyul?

Salam kepada semua,agaknye dah lama saya tidak menaip artikel yang bermanfaat dalam blog ataupun kiranya senang cerita dah lamalah tidak menaip. Ada sebabnya saya tidak menulis dalam blog ni, antaranya sebab sibuk dengan projek dan test dan juga bahang kontroversi pilihanraya kampus di UTP. Kali ini,selepas sembahyang subuh saya mendapat gak sedikit ilham untuk menyambung tulisan saya mengenai alam ghaib ni.


Gambar hiasan sahaja

Kalau dalam part yang pertama saya bercerita tentang bukti wujudnya alam ghaib ni dari segi sains dan juga Al-Quran. Dalam part yang kedua saya menceritakan pengalaman ghaib saya sendiri dengan seorang ustaz, dan yang ketiga saya beri sedikit guideline tentang berubat secara tradisional ni. Kali ni pulak saya nak ceritakan tentang masalah biasa yang berlaku dalam masyarakat kita bila cerita je sal alam ghaib ni, iaitu skeptics vs tahyul.

Kalau mengikut dalam definisi asalnya skeptics ni adalah orang yang suka merayu. Tapi setelah aku browse dalam wikipedia aku jumpa jawapan yang aku nak. Skeptics ni boleh dikatakan luas gak tapi dalam konteks untuk perbincangan kita ni,skeptics adalah orang yang tidak percaya sebarang paranormal claim dan boleh dikatakan asyik nak anti je. Kalau orang kata benda tu wujud,die tidak percaya tanpa sebarang bukti saintifik. Dan bila ditunjuk sebarang gambar-gambar tentang kewujudan sesetengah perkara tu, yang dijawabnye mungkin"Ah,ni orang alter gambar ni sikit,ko kena tipu ni," Dan definisi untuk tahyul pula adalah orang yang terlalu percaya sangat kewujudan kejadian paranormal ni sehingga boleh membawa kesan buruk kepada diri sendiri. Skeptics ataupun tahyul kedua-duanya berada dalam masyarakat kita sejak dulu lagi cuma mungkin bilangan mereka yang variasi. Mungkin semakin kita melangkah ke kemodenan semakin banyak wujudnya golongan skeptics dari tahyul.

Mengikut laman web JAKIM, definisi tahyul adalah seperti berikut,Manakala istilah tahyul pula adalah bermaksud; semua cerita, sama ada khayalan atau rekaan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Ia meliputi cerita-cerita yang mempersonakan dan bercampuraduk dengan perkara-perkara yang dusta.

Bagi yang selalu duduk di bandar mungkin tidak pernah mengalami masalah ni,tapi bagi mereka yang duduk di kampung konflik seperti ini boleh dikatakan menjadi satu masalah. Saya duduk di kawasan kampung di Melaka.Mungkin siapa yang selalu peka dengan isu semasa ataupun masih ingat-ingat lagi tentang isu Pulau Besar Melaka sehingga mengundang skuad Edisi Siasat yang terkenal dengan taglinenye "Apa kejadahnye semua ini?" membuat liputan di sana akan perasan apa yang saya kaitkan Melaka dengan tajuk di atas. Bukan nak memburukkan kampung sendiri tapi hanya nak mengambil iktibar dari apa yang terjadi. Di Melaka,amalan-amalan tahyul ini masih diamalkan dengan meluas sehingga tahun 1980-an jika saya tidak tersilap. Amalan yang saya maksudkan itu adalah mandi safar, membuang ancak, puja kubur(yang ni tidak meluaslah,mestilah dalam senyap-senyap).Selepas tahun 1980-an, amalan-amalan ini tidak lagi meluas tapi dilakukan senyap-senyap. Kenapa saya kata meluas? Amalan mandi safar itu dilakukan di kampung saya sendiri, di Pantai Putri, ketika musim mandi safar tiba tempat itu bagai diadakan pesta. Kata mak saya, "Masa tu yang mak bapak gi mandi safar, yang anak-anak gi dating,xpun dondang sayang,xpun joget lambak," Itulah realitinya dahulu. Tapi itu bukan dahulu sahaja, saya masih ingat lagi dalam beberapa tahun yang lepas, ketika saya masih lagi tinggal di Pantai Putri saya sendiri pernah menyaksikan ada sekumpulan orang melakukan amalan mandi safar, walaupun golongan yang melakukan sedikit dan dalam senyap-senyap tapi ia tetap masih wujud dalam masyarakat kita.Itu perkara yang mungkin tidak mengganggu urusan seharian kita sebab berlaku beberapa kali je dalam setahun.

Bagaimana pula dengan amalan tahyul yang menggangu urusan seharian kita? Saya sendiri pernah mengalami perkara ini. Ketika saya masih lagi tinggal di Pantai Putri jiran saya dikatakan 'membela'. Jadi segala tindak tanduk kami perlu dikawal agar tidak menimbulkan kemarahan benda yang dibela itu. Bayangkan hendak bergelak ketawa di dalam rumah pun perlu dikurangkan volumenya menjadikan rumah kurang serinya.Bagaimana masyarakat boleh hidup dengan ceria kalau mereka masih lagi mengamalkan perkara-perkara khurafat ini?

Bagaimana pula dengan golongan skeptics? Pernahkah golongan skeptics dengan tahyul ini bertembung? Keadaan ni boleh dikatakan selalu berlaku di antara si anak dengan dengan si bapak bertengkar tentang sesuatu perkara misalnya bila si anak hendak membawa si ayah ke doktor,tapi ditolak si ayah kerana si ayah lebih percayakan penyakitnye 'buatan orang' . Maka bila diceritakan, arguenye si anak " Ayah,kita hidup di zaman moden,mana anda benda-benda ni semua,", jawab si ayah pulak "Yelah,ko orang moden,apa ko taw,bila ko dah kena sendiri baru kau tahu,". Itulah antara dialog yang biasa antara golongan skeptics dan yang tahyul.

Kesimpulannya sebaik-baiknya kita berada di tengah-tengah. Bukan jadi tidak percaya lansung, kerana sesungguhnya mempercayai kewujudan alam ghaib itu adalah suruhan dalam Islam tapi tidaklah sehingga terlalu taksub dah membawa kepada tahyul atau terlalu percaya sangat tentang perkara-perkara ghaib ini. Sesungguhnya masyarakat kita sudah terlalu lama terbelenggu dengan perkara-perkara tahyul ini. Di Melaka sahaja ada dekat beratus bomoh-bomoh, padahal Melaka tu kecik sahaja, itu yang saya tahu, bagaimana pulak kalau tetiba kerajaan hendak mendocumented kan bomoh-bomoh ini,mungkin nilai mereka mencecah ribuan,siapa tahu. Apa-apa pun Islam melarang kita meletakkan kepercayaan atau ketaksuban kita kepada selain dari Allah S.W.T, kerana perkara tahyul ni boleh membawa kepada syirik dan seterusnya merosakkan akidah, jadi eloklah dielakkan perkara-perkara seperti ini. Jadi saya rasa cukup sahaja penulisan saya tentang alam ghaib ni. Kenapa saya selalu ulas tentang alam ghaib ni,sebab saya mengalami banyak konflik tentang alam ghaib ini yang boleh dikatakan telah mengganggu hidup saya. Sekian sahaja kali ini. Wassalam.


4 comments:

  1. xtau sme de aku nih skeptic ke tahyul
    ko yg mne 1 abu?

    ReplyDelete
  2. aish.. abu ni.. amik tengah2 je la abu...

    ReplyDelete
  3. sebenarnye dulu aku seorang skeptics yang tegar,tapi sekarang aku kat tengah2

    ReplyDelete